Hab kereta api penumpang terbesar Asia kembali beroperasi di Beijing

June 20, 2022 · Dunia

Hab kereta api penumpang terbesar di Asia kembali beroperasi di Beijing pada Isnin selepas empat tahun melalui kerja-kerja pembinaan semula.

Dengan keluasan hampir 400,000 meter persegi, atau seluas 56 padang bola sepak, Stesen Kereta Api Beijing Fengtai kini mempunyai 32 landasan kereta api dan 32 platform serta mampu menampung sehingga 14,000 penumpang sejam, lapor Xinhua, menurut Bernama.

Terletak di daerah Fengtai di selatan Beijing, stesen kereta api tertua yang dibina pada 1895 itu menyediakan perkhidmatan penumpang dan pengangkutan sebelum ditutup pada 2010.

Pembinaan semula stesen itu bermula pada 2018.

Selain penambahan infrastruktur kemudahan, stesen itu turut berwajah baharu dengan mengadaptasi pelbagai reka bentuk seni bina tradisional Cina.

Ia juga merupakan stesen kereta api pertama di negara ini yang mempunyai struktur dua dek, dengan menyediakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi dan biasa.

Pengendali stesen memaklumkan sebanyak 120 kereta api akan beroperasi di peringkat awal perkhidmatan.

Berita berkaitan
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023· Dunia
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
7 minit lalu
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok