Gunung Merapi meletus lagi

August 9, 2021 · Dunia

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus sekali lagi, terkuat dalam beberapa hari di Pulau Jawa – wilayah paling ramai penduduk di Indonesia – sambil memuntahkan lahar dan debu ke udara, semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gunung Merapi yang terletak di wilayah Yogyakarta itu melepaskan debu panas berserta lahar dan gas ke udara sekurang-kurangnya tujuh kali sejak pagi Ahad, menurut Pusat Mitigasi Vulkanologi dan Geologi Yogyakarta.

Bunyi letusan itu juga boleh didengari beberapa kliometer.

Aktiviti volkanik Gunung Merapi dilihat aktif sejak beberapa minggu lalu, kata pengarah pusat itu Hanik Humaida.

Debu yang dicetuskan daripada letusan gunung itu menyelubungi beberapa kampung dan bandar, katanya.

Penduduk yang tinggi berhampiran kaki gunung itu sudah diarah meninggalkan rumah masing-masing. Mereka dinasihatkan berada sejauh lima kilometer dari gunung itu.

Kali terakhir Gunung Merapi meletus ialah pada 2010 lalu yang mengorbankan kira-kira 347 penduduk. Letusannya melonjakkan debu panas setinggi 1,000 meter ke udara, selain gas dan debu meliputi kawasan seluas tiga kilometer persegi.

Gunung setinggi 2,968 meter terletak tidak jauh dari bandar Yogyakarta di mana ratusan ribu penduduk tinggal di kawasan bandar utama.

Merapi adalah gunung berapi paling aktif daripada lebih 120 gunung berapi aktif di Indonesia. Bagaimanapun, pusat mitigasi itu tidak mengeluarkan amaran baharu kerana masih berada pada tahap kedua daripada empat tahap.

Indonesia, dengan ribuan pulaunya dihuni kira-kira 270 juta penduduk, kerap berdepan gempa bumi dan gegaran gunung berapi kerana kedudukannya di dalam ‘ring of fire’ Pasifik. – Agensi

Berita berkaitan
PBM teliti kedudukan Yong selepas disabit hukuman kes rogol
July 27, 2022· Politik
Kedutaan Indonesia berpuas hati dengan keputusan kes rogol ADUN Tronoh
July 27, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rogol pembantu rumah libatkan ADUN Tronoh hari ini
July 27, 2022· Isu semasa
67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
July 23, 2022· Dunia
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok