Gunung berapi dasar laut Tonga meledak, tsunami landa bandar

January 15, 2022 · Dunia

Gunung berapi dasar laut di Tonga meletus mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara kepulauan Pasifik Selatan, dengan rakaman video media sosial menunjukkan ombak menghempas rumah.

Gelombang tsunami dilaporkan berlaku di ibu negara Tonga dan ibu negara Samoa Amerika, kata pemantau tsunami yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Ggunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai, terletak kira-kira 65 kilometer di utara Nuku’alofa, menyebabkan tsunami 1.2 meter, berlaku pada 0410 GMT (12.10 tengah hari waktu Malaysia), kata Biro Meteorologi Australia.

Agensi itu berkata ia terus memantau keadaan tetapi tiada ancaman tsunami telah dikeluarkan ke tanah besar, pulau atau wilayah Australia.

Gelombang tsunami setinggi 2.7 kaki (83sm) dikesan dengan pengukur di ibu negara Tonga, Nuku’alofa dan ombak dua kaki di Pago Pago, ibu negara Samoa Amerika, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Pemantau yang berpangkalan di AS itu membatalkan amaran untuk wilayah AS di Samoa Amerika dan Hawaii, tetapi berkata tsunami kekal sebagai ancaman bagi bahagian Pasifik berhampiran gunung berapi.

Fiji mengeluarkan amaran tsunami, menggesa penduduk mengelak pantai “kerana arus deras dan ombak berbahaya.” – Agensi

Berita berkaitan
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023· Dunia
Gunung berapi Filipina meletus lagi
June 12, 2022· Dunia
Letusan Anak Krakatau: Penduduk diarah waspada tsunami malam
April 26, 2022· Dunia
Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?
January 22, 2022· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok