GP British: Hamilton juara selepas aksi dramatik dengan Verstappen

Juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton dan Max Verstappen, yang mendahului kejuaraan musim ini, terlibat dalam perlanggaran berkelajuan tinggi pada pusingan pembukaan Grand Prix Britain, pada Ahad.

Hamilton diberi penalti selepas pelanggaran itu, namun ketika perlumbaan disambung semula, pemandu Mercedes itu mengatasi Charles Leclerc pada dua pusingan terakhir untuk menghidupkan kembali peluang mempertahan gelaran juara dunia.

Awalnya, Hamilton melakukan beberapa percubaan untuk memintas Verstappen pada pusingan pertama dan ketika pemanduan tiba di selekoh Silverstone’s Copse, roda kiri Hamilton menyentuh tayar kanan belakang pemandu Red Bull itu.

Verstappen berputar di trek, melintasi perangkap pasir sebelum merempuh halangan, namun pemandu Belanda masih mampu berjalan menjauhi jenteranya yang rosak teruk.

Perlumbaan dihentikan sementara dengan pemandu Ferrari, Leclerc mendahului.

Hamilton kemudian diberi penalti 10 saat tetapi terus mengejar Leclerc. Pada pusingan ke 50 dia memintas pemandu Ferrari untuk mendahului tempat pertama sehingga tamat perlumbaan. Rakan sepasukan Valtteri Bottas menamatkan kedudukan pada tempat ketiga.

Kemenangan Hamilton itu memberinya 25 mata untuk meletakkan dirinya pada tempat ke lapan di belakang Verstappen.

Menurut penganjur di Litar Silverstone, perlumbaan pada Ahad itu menyaksikan kehadiran 140,000 penonton.

Sementara itu, pasukan Red Bull dan Verstappen melahirkan kekecewaan dengan tindakan Hamilton.

“Setelah penilaian dilakukan oleh doktor di Pusat Perubatan Litar Silverstone, Verstappen dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata pasukan Red Bull dalam Twitter mereka.

Verstappen pula dalam Twitter dari hospital memberitahu dia dalam keadaan baik dan yakin Hamilton bertindak dengan cara ‘tidak sopan’.

“Gembira kerana saya ok. Sangat mengecewakan apabila dikeluarkan dangan cara ini. Hukuman yang diberi tidak membantu dan tidak adil terhadap tindakan bahaya Lewis ketika di litar,” kata Verstappen. – Agensi

POPULAR