Golongan antivaksin di Eropah, Australia lancar demonstrasi

November 22, 2021 · Dunia

Ratusan ribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di sekitar bandar di seluruh Eropah dan Australia bagi menghalang pelaksanaan sekatan dan protokol Covid-19.

Kemarahan penduduk tercetus terhadap sekatan baharu Covid-19 yang dilaksanakan semula susulan penularan pandemik itu yang kembali melanda.

Di Belanda, polis terpaksa berdepan rusuhan hari kedua bertempat di The Hague selepas rusuhan pada malam sebelumnya di bandar pelabuhan Rotterdam.

Dalam rusuhan terbaharu itu, penunjuk perasaan menbalingkan batu dan bunga api ke arah pihak polis serta membakar basikal.

Polis yang lengkap berpakaian peralatan rusuhan cuba meredakan kumpulan tersebut dengan tembakan meriam air. Lima anggota polis cedera dan sekurang-kurangnya tujuh penunjuk perasaan ditahan.

Rusuhan itu tercetus sehari selepas protes aman diadakan di beberapa tempat lain di sekitar Belanda.

Menurut laporan media Belanda, rusuhan juga turut dilakukan pada dua perlawanan bola sepak yang dianjurkan secara tertutup akibat sekatan Covid-19.

Rusuhan berlaku sehari selepas pihak polis melepaskan tembakan ke arah perusuh di Rotterdam mengakibatkan tiga orang cedera dan 51 ditahan.

Ketika ini, Eropah sedang berdepan dengan gelombang jangkitan baharu dengan beberapa negara, termasuk Austria melaksanakan perintah berkurung separa di seluruh negara itu.

Tindakan itu dilihat sebagai perlaksanaan sekatan paling dramatik di Eropah Barat selama beberapa bulan.

Minggu lalu, Belanda kembali melaksanakan semula sekatan pergerakan bagi tempoh tiga minggu untuk mencegah penularan Covid-19 dengan melarang individu yang tidak divaksin daripada memasuki beberapa lokasi digelar sebagai kawasan G2.

Akibat perlaksanaan itu, ribuan perusuh yang berang dengan peraturan baharu kerajaan itu berhimpun di Amsterdam.

Manakala ribuan perusuh pula berarak di sepanjang bandar Breda berhampiran dengan sempadan Belgium sambil membawa sepanduk tertulis slogan ‘tiada perintah berkurung’.

Di Austria pula, lebih 400,000 penduduk mengadakan demonstrasi di tengah bandar Vienna berhampiran Canselori berikutan desakan parti berhaluan kanan FPO.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk yang mengecam ‘pemerintahan diktator korona’ dan menyelar ‘perpecahan masyarakat’.

“Ini bukan perkara biasa dan kerajaan sudah merampas hak kami,” kata seorang guru, Katarina Gierscher yang melakukan perjalanan selama enam jam untuk menghadiri demonstrasi itu.

Selain itu, sejumlah penunjuk perasaan turut memakai bintang berwarna kuning yang tertulis perkataan ‘tidak divaksin’ pada pakaian mereka dan simbol bintang itu dikaitkan dengan masyarakat Yahudi yang dipaksa memakai lencana ‘bintang Yahudi’ semasa era Nazi.

Bermula hari ini, lebih 8.9 juta penduduk warga Austria tidak dibenarkan keluar dari rumah kecuali bagi urusan bekerja, membeli barang keperluan dan bersenam.

Sekatan itu akan dilaksanakan selama 20 hari dengan penilaian akan dibuat selepas 10 hari dan suntikan vaksin Covid-19 di negara Alpine itu diwajibkan kepada semua populasinya bermula 1 Februari tahun depan.

Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan turut dilihat berarak di Zagreb, Croatia manakala di Denmark dengan hampir 1,000 orang membantah tindakan kerajaan untuk mengenakan kembali pas Covid-19 bagi pekerja penjawat awam yang akan memulakan tugas.

Di Australia, puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di Sydney dan beberapa bandar utama lain bagi membantah tindakan kerajaan negeri untuk menggunakan mandat vaksin terhadap pekerja di sektor tertentu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok