Gen baharu di Asia Selatan lebih mudah dijangkiti Covid-19: Kajian

Penyelidik di Unversiti Oxford mendapati lebih 60 peratus populasi berketurunan Asia Selatan lebih mudah dijangkiti virus Covid-19 kerana mempunyai gen baharu yang lebih berisiko tinggi.

Reuters melaporkan saintis Britain sudah menemui gen yang mempunyai risiko dua kali ganda lebih terdedah mengakibatkan kematian sekiranya dijangkiti Covid-19.

Hasil kajian itu memberikan pandangan baharu mengenai kesan mengapa sesetengah orang lebih mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19 berbanding individu lain.

Selain itu, saintis turut mendapati kenaikan risiko jangkitan bukanlah kerana perbezaan pengekodan genetik protein, tetapi kerana ketidaksamaan dalam asiddeoksiribonukleik (DNA) yang terdapat satu ‘suis’ dalam badan untuk menghidupkan gen seseorang.

Dengan itu, tindak balas genetik itu mungkin akan menjejaskan sel-sel dalam paru-paru, dan membuatkan gen yang berisiko tinggi dikenal pasti sebagai LZTFL1 berkemungkinan akan menghalang sel-sel yang melapisi saluran pernafasan dan paru-paru untuk bertindak balas melawan jangkitan virus tersebut dengan betul.

Bagaimanapun, penyelidik memaklumkan gen yang berisiko lebih tinggi tidak akan menjejaskan sistem imun badan seseorang sehingga dapat membuatkan antibodi melawan jangkitan virus itu.

Jelasnya, individu yang memiliki gen versi baharu itu akan bertindak balas secara normal kepada vaksinasi.

Prof. James Davies yang turut melakukan kajian itu memberitahu, hasil diperolehi setelah dijangkiti menunjukkan cara paru-paru bertindak balas dengan jangkitan Covid-19 adalah kritikal.

“Hasil kajian ini sangat penting kerana kebanyakan rawatan yang diberikan untuk merawat pesakit Covid-19 hanya memberikan tumpuan kepada kaedah untuk mengubah sistem imun bertindak balas terhadap virus,” jelasnya.

Penemuan tersebut diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics.

BERITA BERKAIT
POPULAR