Gempa Turkiye, Syria: Lebih 4,800 maut, 5,775 bangunan ranap

February 7, 2023 · Dunia

Misi menyelamat antarabangsa terus bergerak ke Turkiye dan Syria selepas salah satu gempa bumi paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh sekurang-kurangnya satu abad menyebabkan setakat ini lebih 4,800 orang terkorban, puluhan ribu cedera dan sebilangan penduduk yang tidak diketahui terperangkap dalam runtuhan.

Gempa awal pagi Isnin (6 Februari 2023) dengan puluhan lagi gegaran susulan meruntuhkan blok pangsapuri di Turkiye dan menimbulkan lebih banyak kemusnahan ke atas komuniti di sempadan Syria yang sudah musnah akibat perang selama sedekad.

Sekurang-kurangnya 3,381 orang disahkan maut di Turki, menurut agensi berita Anadolu, yang memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.

Dengan jumlah kematian tertinggi datang dari Syria, angka terkini ialah 1,444, menjadikan jumlah keseluruhan dikedua0dua negara itu kepada 4,825 orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memberi amaran jumlah kematian boleh meningkat kepada lebih daripada empat kali ganda angka ini, atau kira-kira 20,000, dalam beberapa hari akan datang.

Gempa pertama dengan ukuran 7.8 magnitud berlaku ketika orang ramai tidur, menjadikannya salah satu yang paling kuat di rantau ini dalam sekurang-kurangnya satu abad, dan menyebabkan banyak kematian.

Gegaran itu dirasai sejauh Cyprus dan Kaherah di Mesir. Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) berkata, data awal menunjukkan gempa besar kedua berukuran 7.7 magnitud dan berpusat 67 kilometer (42 batu) timur laut Kahramanmaraş, Turkiye, pada kedalaman 2 kilometer.

Lebih 7,800 orang telah diselamatkan di 10 wilayah, menurut Orhan Tatar, seorang pegawai pihak berkuasa pengurusan bencana Turkiye.

Setakat petang ini, 13,000 pekerja penyelamat, kebanyakannya sukarelawan, telah meninggalkan Istanbul untuk membantu kawasan terjejas, menurut organisasi berita Sabah, yang memetik gabenor Istanbul.

Ramai yang menuju ke Hatay, di mana, menurut laporan, orang ramai marah kerana kekurangan bantuan bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap di bawah bangunan.

Masa semakin suntuk untuk menyelamatkan ratusan keluarga yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah selepas gempa bumi di Syria.

Pada 1999, gempa bumi dengan magnitud yang sama melanda wilayah timur Laut Marmara yang berpenduduk padat berhampiran Istanbul, ia membunuh lebih daripada 17,000 orang.

Jumlah kematian boleh meningkat kepada lebih 20,000 orang, kata Catherine Smallwood, pegawai kecemasan kanan WHO untuk Eropah.

Puluhan negara, termasuk Malaysia, menghantar pasukan khas bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi itu.

Setakat ini, Turkiye sendiri telah mengerahkan 24,400 anggota pencari dan penyalamat di kawasan gempa, sambil mengesahkan sebanyak 5,775 bangunan telah runtuh.

Bilangan penyelamat dijangka meningkat dengan ketibaan pasukan tambahan dari luar negara.

Pegawai agensi pengurusan bencana, Orhan Tatar memberitahu Associated Press pihaknya telah menerima 11,342 laporan mengenai bangunan runtuh, tetapi hanya 5,775 daripada laporan itu telah disahkan. – Agensi

Pasukan penyelamat menggali lubang dalam runtuhan bangunan di Sarmada di barat laut wilayah Idlib, Syria, selepas gempa bumi kuat semalam (6 Februari 2023). – Gambar AFP

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok