Gempa di Indonesia: Empat maut, lebih 32 cedera

February 25, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan lebih 32 lagi penduduk Sumatera Barat cedera susulan gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah itu pagi tadi, lapor Pusat Kesihatan Awam Indonesia.

Dalam satu kenyataan pusat kesihatan itu memberitahu empat warga tempatan terbunuh, termasuk kanak-kanak.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pula berkata pihak berkuasa sedang menilai kerosakan yang dialami di daerah Pasaman Barat, kira-kira 70 kilometer dari kota Bukit Tinggi.

Gempa bumi mencapai Tahap 6 pada skala kekuatan Mercalli (MMI) yang diubah suai, yang boleh dirasai oleh sebilangan besar penduduk di kawasan itu. Ia dirasai oleh orang di Malaysia dan Singapura pada skala 2 MMI.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) melaporkan pusat gempa berada di darat, 17 kilometer Timur Laut Pasaman Barat, dengan kedalaman 10 kilometer, jam 8.39 pagi wakti Indonesia Barat (kira-kira jam 9.39 pagi tadi waktu Malaysia).

Agensi itu turut mengesan gempa bumi berukuran 5.2 magnitud di kawasan sama dan dari kedalaman sama 18 kilometer dari Pasaman Barat, namun tidak dirasai.

Penyelaras mitigasi gempa bumi dan tsunami agensi itu, Daryono, berkata 15 gegaran susulan dikesan sehingga sejam selepas gempa awal.

Menyifatkan ia adalah gempa cetek pada kerak bumi, Ketua BMKG Dr Dwikorita Karnawati pada taklimat media di Jakarta berkata kejadian itu berlaku di darat dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan bahawa gempa bumi dirasai di pantai barat, khususnya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor Bahru. – Agensi

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok