Gempa bumi di Turkiye antara terkuat pernah direkodkan

February 9, 2023 · Dunia

Gegaran gempa bumi yang direkodkan di bahagian tenggara Turkiye antara terkuat pernah direkodkan agensi penyelidik berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).

Dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud melanda daerah Pazarcık dan Elbistan pada Isnin lalu di wilayah Kahramanmaras merupakan gegaran terkuat pernah direkodkan Data Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi di Turkiye turut tersenarai antara bencana yang berlaku dalam kategori kuat, selain yang melanda beberapa negara lain iaitu Chile, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sebelum ini.

Gempa bumi paling kuat dicatatkan dalam sejarah adalah pada magnitud 9.5 yang pernah menggegarkan Chile pada tahun 1960.

Empat tahun kemudian, gempa bumi dengan magnitud 9.1 pula melanda negeri Alaska, AS.

Tohoku di Jepun juga digegarkan dengan gempa berukuran 9 pada skala Richter pada 2011.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 9,057 mangsa terkorban, manakala 52,979 lagi cedera susulan gempa bumi di Turkiye baru-baru ini.

Gempa bumi di Turkiye memusnahkan sebanyak 6,444 bangunan dalam bencana yang berpusat di Kahramanmaras yang melanda 10 wilayah, sekali gus menjejaskan kira-kira 13 juta orang.

Beberapa negara di rantau ini, termasuk Syria dan Lubnan dilaporkan turut merasai gegaran kuat dalam tempoh kurang 10 jam.

Susulan itu, lebih 98,150 anggota mencari dan menyelamat kini masih giat cmenjalankan operasi.

Berita berkaitan
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Erdogan ajak Dr M kerjasama anjur Sidang Kemuncak Istanbul September, Oktober ini
June 22, 2023· Isu semasa
Timur Indonesia dilanda gempa bumi 5.2 skala Richter
June 11, 2023· Dunia
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok