Gempa bumi di China, 22 orang cedera

January 2, 2022 · Dunia

Gempa bumi menggegarkan bandar pelancongan popular Lijiang, hari ini dan mengakibatkan kira-kira 22 orang mengalami kecederaan.

Gempa dengan kedalaman cetek melanda barat daya China dan menurut Kajian Geologi AS (USGS), gempa itu berlaku di sempadan antara wilayah Yunnan dan Sichuan dengan magnitud pada 5.4 dan kedalaman pada 38 kilometer (km).

USGS menyatakan, pusat gempa berada pada jarak 115 kilometer dari Lijiang di wilayah Yunnan.

Sementara itu, Pusat Rangkaian Gempa Bumi China kemudiannya mengukur magnitud pada 5.5 dengan kedalaman 10 km.

China kerap dilanda gempa bumi terutamanya di kawasan pergunungan barat dan barat daya.

Pada September lalu, tiga orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera apabila gempa bumi kedalaman sedikit melanda wilayah Sichuan dan puluhan ribu rumah rosak.

Gempa bumi berukuran 7.9 magnitud di wilayah Sichuan pada 2008 turut menyebabkan lebih 80,000 orang terkorban.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok