Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi

December 3, 2022 · Dunia

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada kedalaman 118 km (73 batu) menggegarkan kawasan Jawa Barat di Indonesia hari ini (3 Disember 2022), menyebabkan orang ramai menyelamatkan diri keluar dari bangunan, lapor Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Gempa pada jam 4.49 petang tadi yang turut dirasai di Jakarta – 280 kilometer dari pusat gempa – tidak mendatangkan potensi tsunami, kata BMKG.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dan pihak berkuasa berkata mereka sedang membuat semakan, terutamanya di Garut, bandar paling hampir dengan pusat gempa.

Beberapa penduduk di Jawa Barat berkata di media sosial mereka merasakan gempa bumi itu sangat kuat.

Seorang saksi Reuters di Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat, berkata tetamu sebuah hotel berlari keluar dari bangunan itu tetapi telah kembali semula.

Ketua BMKG Dwikorita Karnawati berkata, tiada gegaran susulan direkodkan setakat ini, namun memberi amaran kepada orang ramai supaya berjaga-jaga.

“Adalah yang terbaik untuk kekal berhati-hati buat masa ini,” katanya kepada saluran berita tempatan KompasTV.

Bulan lalu gempa bumi cetek berukuran 5.6 magnitud melanda Cianjur, Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 orang. — Reuters

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok