Gempa 7.6 magnitud gegar Flores, Indonesia keluar amaran tsunami

Satu gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda timur Indonesia hari ini, menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sambil memberi amaran kemungkinan gelombang tsunami berbahaya.

USGS berkata, gempa itu berlaku sekitar 100 kilometer di utara bandar Maumere pada kedalaman 18.5 kilometer (11 batu) di Laut Flores.

USGS berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 76 kilometer (47 batu) di Laut Flores jam 11.20 pagi waktu tempatan.

Walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan, USGS berkata berdasarkan parameter awal gempa bumi, gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku di pantai yang terletak dalam jarak 1,000 kilometer (621.371 batu) dari pusat gempa.

Pendapat sama turut diberikan Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berkata “gelombang berbahaya mungkin berlaku”.

USGS berkata gempa bumi di kawasan itu baru-baru ini telah menyebabkan bahaya sekunder seperti tsunami dan tanah runtuh yang mungkin menyumbang kepada kerugian.

Indonesia sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana kedudukannya di dalam Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik, di mana plat tektonik berlanggar yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lengkungan Pasifik.

Antara rentetan gempa bumi yang membawa maut di Indonesia ialah gegaran bermagnitud 9.1 pada 2004 yang melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami mengorbankan sehingga 220,000 di seluruh rantau ini, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia.

Pada 2018, gempa kuat menggegarkan Pulau Lombok dan beberapa lagi gegaran menyusul dalam beberapa minggu kemudian, mengorbankan lebih 550 orang di pulau percutian dan Sumbawa yang berjiran.

Pada hujung tahun yang sama, gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami berlaku di Palu, Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 penduduk terbunuh dan hilang. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR