Gempa 7.3 magnitud gegar Maluku tatkala penduduk diulit mimpi

December 30, 2021 · Dunia

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud menggegarkan wilayah Maluku, Indonesia awal pagi tadi, lapor Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.

Gegaran dilaporkan berlaku pada jam 3.25 pagi waktu Jakarta, pada kedalaman 166 kilometer di bawah laut, kira-kira 120 kilometer timur laut bandar Lospalos.

Indonesia sering mengalami gegaran kerana kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik yang aktif di mana plat tektonik bertembung, yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembah Pasifik.

Agensi itu melaporkan gegaran kuat di pulau dan bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.

BMKG tidak mengeluarkan amaran tsunami, tetapi mengingatkan kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan meminta penduduk bertenang serta berwaspada.

Pada September 2018, gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang mencetuskan tsunami melanda Kabupaten Donggala di wilayah Sulawesi Tengah, mengorbankan lebih 2,000 penduduk. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok