Gempa 6.7 magnitud gegar Jawa Timur

Gempa kuat berukuran 6.7 magnitud menggegarkan daerah Malang di Jawa Timur, kira-kira jam 2 petang tadi waktu Indonesia Barat.

Gegaran itu turut dirasai di Surabaya, Sidoarjo, Gresik, Banyuwangi dan Jember. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik Indonesia (BMKG) dalam kenyataan berkata, gempa berlaku pada kedalaman 25 kilometer dengan jarak 90 kilometer di barat daya daerah Malang.

Indonesia yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana plet tektonik bertembung, kerap mengalami gegaran.

Pada 2018, gempa berkekuatan 7.5 dan diikuti tsunami di Palu, Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang mati atau hilang.

Pada 26 Disember 2004, gempa dahsyat berukuran 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan kira-kira 170,000 penduduk Indonesia, terutama di Aceh.

BERITA BERKAIT
POPULAR