Gempa 6.1 magnitud gegar Tokyo malam tadi, tiada amaran tsunami

October 7, 2021 · Dunia

Gegaran kuat berukuran 6.1 magnitud menggoncang ibu negara Jepun, Tokyo, dan kawasan sekitarnya hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi Jepun (KMA).

Maklumat awal JMA mengatakan pusat gempa di wilayah Chiba, timur Tokyo, dan berlaku sekitar jam 10.41 malam (9.41 malam waktu Malaysia) pada kedalaman 80 kilometer.

Gegaran itu menyebabkan bangunan bergoyang dan amaran kecemasan berdering dari telefon penduduk tempatan – sistem amaran bertujuan memberi mereka masa untuk berlindung. Tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan setakat ini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) mengatakan gempa itu berkekuatan 5.9 magnitud pada kedalaman 61 kilometer.

Beberapa perkhidmatan kereta api laju dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga selepas gempa, namun media negara itu melaporkan tiada kerosakan serius berlaku.

Ribuan kediaman di ibu kota itu dilaporkan terputus bekalan elektrik selepas gempa melanda. Gempa malam tadi dikatakan lebih kuat berbanding gempa di Tokyo, baru-baru ini.

Jepun terletak dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’, iaitu lengkuk yang menyaksikan aktiviti gempa bumi yang meluas di Asia Tenggara dan Pasifik.

Negara itu sering dilanda gempa bumi dan mempunyai peraturan pembinaan yang ketat, bertujuan memastikan bangunannya dapat menahan gegaran yang kuat.

Namun, negara itu masih dihantui kenangan gempa bawah laut pada 11 Mac 2011 yang mencetus tsunami besar menyebabkan kira-kira 18,500 penduduk meninggal atau hilang, selain kemalangan di pusat nuklear Fukushima. – Agensi

Berita berkaitan
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok