Gelombang haba di Eropah pecah rekod, terburuk sehingga jejas kesihatan

July 20, 2022 · Dunia

Gelombang haba yang melanda Eropah memecah rekod sehingga menjejaskan kesihatan orang ramai, ekonomi, pengeluaran pertanian dan pelancongan, dan berkemungkinan berlaku lebih kerap untuk beberapa dekad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Petteri Taalas dalam satu sidang media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva mengenai gelombang haba pada Selasa berkata aliran iklim negatif akan berterusan, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2060-an, menurut laporan Bernama.

“Dan itu bermakna keadaan cuaca ini menjadi kebiasaan,” katanya dipetik Agensi Anadolu.

Menurut Taalas, dunia mempunyai cara yang lebih baik untuk menyesuaikan diri dengan gelombang haba berbanding pada dulu kerana di banyak negara, orang ramai telah menambah baik kemudahan untuk menangani gelombang haba dan lebih mengetahui tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan cuaca.

Taalas berkata kesedaran mengenai perubahan iklim jauh lebih baik berbanding dahulu.

Beliau berkata cara untuk mengurangkannya boleh dilihat dalam sektor tenaga dengan penyelesaian mesra iklim serta dalam pengangkutan dan pemakanan rakyat, manakala harga berkaitan ubat-ubatan semakin rendah.

“Tetapi orang yang sama yang terdedah kepada pandemik Covid-19 sangat berisiko terhadap gelombang haba.

“Jadi, kami jangka peningkatan kematian dalam kalangan warga emas dan mereka yang sudah sakit. Kami juga menjangkakan kesan besar terhadap pertanian,” katanya.

Berita berkaitan
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
Cuaca panas tahap berjaga-jaga di Padang Terap, Jempol
May 1, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok