Ganja rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah di Thailand

June 9, 2022 · Dunia

Thailand menjadi negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Mulai hari ini, kerajaan mengeluarkan bahagian tertentu dan ekstrak tumbuhan ganja (kecuali bunga dan perbungaan) daripada senarai narkotik terkawal Kategori 5, di bawah Akta Narkotik 1979, supaya boleh digunakan untuk tujuan perubatan, lapor Bernama.

Bagaimanapun, penggunaan marijuana yang juga dikenali sebagai ganja dan kanabis, secara rekreasi masih diharamkan.

Penggunaan ekstrak ganja tidak boleh melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) dan jika melebihi ia dianggap melanggar undang-undang.

Susulan langkah Thailand itu hampir 100,000 orang bergegas mendaftar di aplikasi kerajaan PlookGanja hari ini untuk memohon menanam tumbuhan berkenaan dan portal alternatif telah disediakan berikutan sambutan yang menggalakkan.

Ketua Setiausaha Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand Dr Paisarn Dunkum berkata aplikasi itu dimuat turun lebih 50,000 kali hari ini.

Beliau memberi amaran bahawa sijil itu boleh dibatalkan serta-merta jika penanam gagal mematuhi peraturan.

“Orang ramai boleh memohon untuk menanam ganja bagi kegunaan isi rumah sahaja. Untuk kegunaan bukan isi rumah, ia memerlukan kebenaran rasmi,” katanya.

Selain itu, 1,000 pokok ganja akan diedarkan secara percuma kepada penduduk di Buriram, mulai esok.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pemberian percuma itu sebagai permulaan kepada kempen pengagihan satu juta tumbuhan ganja di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah untuk kegunaan memasak dan perubatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thawatchai Chaiwat berkata kira-kira 3,000 banduan yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan ganja sahaja dibebaskan hari ini berikutan pembatalan penyenaraian ganja daripada senarai narkotik.

Menurut Kementerian Kehakiman kesemua 7,488 kes ganja di mahkamah juga akan digugurkan termasuk semua kes yang sedang dalam siasatan polis, lapor portal berita The Nation.

Makanan, minuman dan snek yang mengandungi ekstrak ganja kini menjadi makanan popular terbaharu di Thailand apabila ganja tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan jenayah mulai hari ini.

Berita berkaitan
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Dua wanita antara empat suspek ditahan dalam kes samun bersenjata
June 11, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok