Gabenor Texas batal arahan vaksinasi

October 18, 2021 · Dunia

Pakar penyakit berjangkit terkenal Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci terkilan dengan tindakan Gabenor Texas, Greg Abbott yang membatalkan arahan vaksinasi kepada penduduk di wilayah itu Isnin lalu.

Fauci menggambarkan tindakan tersebut akan melumpuhkan sistem kesihatan awam kerana vaksinasi adalah keutamaan seluruh penduduk dunia ketika ini.

Fox News melaporkan, Fauci turut menyangkal keputusan gabenor parti Republikan itu, yang menghapuskan keperluan vaksinasi akan mengalami kenaikan kes jangkitan dan kematian harian yang tinggi.

“Ia sangat mendukacitakan kerana kita tahu akan keberkesanan vaksin untuk mencegah penularan penyakit bukan sahaja pada individu, namun mampu mengurangkan dinamik jangkitan dalam kalangan masyarakat.

“Datanya amat jelas. Hakikatnya, kita dapat lihat melalui data dan perbezaan antara mereka yang sudah divaksin dan tidak divaksin, dari segi gejala, rawatan hospital dan kematian.

“Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) baru-baru ini sudah mengeluarkan data dan ianya sangat jelas, mengenai risiko kepada mereka yang tidak divaksin berbanding perlindungan bagi mereka yang divaksin,” jelas Fauci di Washington semalam.

Isnin lalu Abbott berkata tidak ada entiti di Texas yang dapat memaksa orang ramai mengambil vaksin Covid-19 dengan alasan kepercayaan agama atau perubatan.

Pada masa sama, Fauci menjelaskan data baharu yang dikeluarkan itu menunjukkan trend penurunan ketara yang membolehkan penduduk di negara itu melalui musim cuti seperti biasa sekiranya lengkap divaksin.

Namun begitu, Fauci turut mengingatkan orang ramai yang masih belum divaksin supaya tidak menghadiri perhimpunan awam dan wajib menggunakan pelitup muka.

Fauci juga turut mengesyorkan, kepada mereka yang sudah menerima dos lengkap vaksin tunggal seperti Johnson&Johnson perlu menerima dos penggalak dari jenis Moderna atau Pfizer. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok