G7 gesa siasat asal usul virus Covid, desak China lebih telus

June 14, 2021 · Dunia

Pemimpin negara G7 sepakat mendesak siasatan baharu dilakukan untuk mengetahui asal usul pandemik Covid-19, sambil menggesa China supaya lebih telus.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas sidang G7 di Cornwall, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS); UK; Perancis; Jerman; Kanada; Itali; dan Jepun, meminta kajian yang telus, diketuai oleh pakar dan berasaskan sains, di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi menentukan bagaimana wabak itu bermula.

WHO sebelum ini mengatakan teori kebocoran makmal di Wuhan, China tidak dapat diketepikan dan Beijing harus membantu menyelesaikan misteri dari mana asal virus Covid itu bermula.

Kajian WHO mengenai asal usul virus Covid-19 sebelum ini tidak dapat dilakukan secara telus susulan keengganan Beijing memberi kerjasama.

Bulan lalu, Presiden AS, Joe Biden mendedahkan beliau telah mengarahkan agensi perisikan negara itu mencari maklumat mengenai asal usul virus Covid-19.

Beliau mengatakan perisikan AS berpendapat ada dua kemungkinan virus itu merebak iaitu membabitkan manusia dan haiwan, serta daripada kemalangan di makmal.

Bagaimanapun, terdapat terlalu sedikit bukti untuk membuat kesimpulan.

Ketika sidang media selepas pertemuan G7 itu Biden ditanya apa yang China boleh lakukan untuk ‘meredakan ketegangan’ dengan negara-negara lain.

“Saya fikir China harus mula bertindak dengan lebih bertanggungjawab dalam hal norma antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan ketelusan. Ketelusan secara menyeluruh.

“Kami belum mendapat akses ke makmal untuk menentukan sama ada atau tidak – dan saya belum membuat kesimpulan kerana perisikan belum memutuskannya lagi – apakah ini merupakan konsekuensi dari pasar makanan laut, kelawar yang berinteraksi dengan manusia … atau apakah kesilapan ketika ujian makmal,” kata Biden.

Sidang G7 juga menggesa China menghormati hak asasi dan kebebasan etnik Muslim Uighur di Xinjiang, serta Hong Kong. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok