Flurona bukan varian baharu Covid

January 4, 2022 · Dunia

Flurona tidak merujuk kepada varian baharu Covid-19 tetapi berlakunya disebabkan dua virus berbeza yang menyerang serentak, kata Ketua Pasukan Petugas Covid-19 Persatuan Perubatan Indonesia (IDI), Zubairi Djoerban.

“Mengenai Flurona, ia bukan varian baharu Covid-19, tetapi jangkitan berganda. Bermakna terdapat dua jenis virus yang menjangkiti seseorang pada masa yang sama,” katanya dipetik daripada laporan Antaranews.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas laporan seorang wanita hamil di Hospital Beilinson di Petach Tikva, Israel dijangkiti dua virus -influenza dan coronavirus – pada masa yang sama.

Keadaan sedemikian berpunca daripada sistem imun yang lemah, katanya sambil menambah, kes sebegitu jarang berlaku.

Bagaimanapun, virus itu masih boleh menjangkiti seseorang secara serentak kerana kedua-dua virus itu dijangkiti melalui udara atau titisan dan menyerang saluran pernafasan, kata Djoerban.

Walaupun terdapat persamaan dalam cara penularannya, Covid-19 dan influenza mempunyai punca yang berbeza. Justeru, rawatan mereka memerlukan ubat atau vaksin yang berbeza, katanya.

“Tidak perlu risau kerana influenza sangat jarang ditemui di Indonesia, terutama yang menyebabkan kematian. Influenza tidak harus dikelirukan dengan selesema yang biasa dihidapi oleh orang Indonesia,” katanya.

Menurut Djoerban, selesema yang dihidapi ramai rakyat Indonesia adalah sejenis selesema biasa yang menyebabkan seseorang itu batuk, bersin, dan hidung berair.

“Penyakit itu tidak sama dengan influenza, yang dilihat di negara yang mengalami musim sejuk seperti Amerika Syarikat dan menyebabkan penghidap mengalami gejala teruk seperti radang paru-paru atau kematian,” jelasnya.

Namun, memandangkan situasi semasa Covid-19 di negara ini, semua pihak perlu berwaspada dan tidak bertindak angkuh. Perkara paling penting untuk mengelak virus, terutamanya Covid-19, adalah vaksinasi,” katanya. – Antara

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok