Final EURO 2020 jadi acara ‘superspreader’ virus Covid-19

August 21, 2021 · Dunia

Perlawanan akhir bola sepak EURO 2020 antara England dan Itali pada Julai lalu disifatkan sebagai acara ‘superspreader’ virus Covid-19, susulan kes jangkitan yang mula dikesan di sekitar atau di dalam Stadium Wembley, London.

Menurut data rasmi pihak berkuasa Perkhidmatan Kesihatan Awam England (PHE), 2,295 individu telah dijangkiti dengan 3,304 lagi berpotensi dijangkiti Covid-19 ketika acara itu berlangsung 11 Julai lalu.

“Final Euro adalah acara superspreader,” isytihar akhbar Times.

Perlawanan yang menyaksikan Itali menjadi juara dihadiri kira-kira 67,000 penonton di dalam Stadium Wembley, tanpa sesetengahnya memakai pelitup muka atau menjarakkan diri.

“EURO 2020 adalah acara yang unit, tetapi malangnya kita menyaksikan kesan akibat Covid-19,” kata Timbalan Pengarah Perubatan PHE, Jenifer Smith.

Katanya, data menunjukkan betapa mudahnya virus dapat menular ketika ada kontak berdekatan dan ini semestinya menjadi peringatan untuk semua pihak lebih berhati-hati.

PHE juga mendapati kes positif akan meningkat di kalangan individu yang hadir selepas empat bulan sesuatu acara dijalankan.

Formula 1 British yang diadakan di litar Silberstone pada Julai lalu yang menarik kira-kira 350,000 penonton, terbesar di Britain dalam tempoh lebih 18 bulan, selama tiga hari, merekodkan 585 kes positif.

Kejohanan Wimbledon yang menarik 300,000 penonton selama dua minggu, mencetuskan 881 kes yang merebak kepada individu lain.

“Kita boleh menunjukkan acara sukan dan budaya boleh diadakan secara besar-besaran, tetapi adalah penting orang ramai tetap berwaspada apabila bercampur dengan individu lain.

“Oleh itu kita dapat mengekalkan musim bola sepak, membuka teater dan pertunjukan dengan jumlah penonton yang penuh pada musim sejuk ini.

“Saya menggesa peminat sukan, muzik dan budaya untuk mendapatkan vaksin kerana ini adalah cara paling selamat untuk mengadakan acara besar,” kata Menteri Kebudayaan Britain Oliver Dowden. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok