Filipina kurangkan tempoh kuarantin

January 13, 2022 · Dunia

Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memendekkan tempoh kuarantin bagi individu lengkap divaksinasi tetapi dijangkiti Covid-19 serta kontak rapat mereka, lapor agensi berita rasmi negara itu, PNA.

Langkah itu diambil setelah kerajaan mendapati tempoh kuarantin dan pengasingan yang berpanjangan telah memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi.

Menurut kenyataan DOH, tempoh pengasingan bagi individu dijangkiti Covid-19 yang divaksin sepenuhnya tanpa gejala atau dengan simptom ringan dikurangkan kepada tujuh hari berbanding 10 hari sebelum ini, setelah garis panduan disemak semula.

Tempoh kuarantin untuk kontak rapat yang divaksin sepenuhnya tanpa gejala atau simptom ringan bagaimanapun dikurangkan kepada lima hari daripada tujuh hari sebelum ini.

Selain itu, menurut DOH, ujian RT-PCR untuk kontak rapat kes yang disahkan positif tetapi tidak menunjukkan gejala atau mempunyai gejala ringan kini diletakkan sebagai pilihan.

Bagaimanapun, tempoh kuarantin selama 10 hari untuk individu yang belum lengkap divaksinasi atau yang tidak divaksin termasuk pekerja penjagaan kesihatan akan tetap berkuat kuasa, menurut DOH.

Setiausaha Rendah Kesihatan Maria Rosario Vergeire semakan semula dibuat untuk menangani kekeliruan di lapangan yang disebabkan oleh perbezaan garis panduan untuk pengasingan atau kuarantin pengembara, orang awam dan pekerja penjagaan kesihatan.

Pakar kesihatan percaya bahawa faedah memendekkan kuarantin melebihi risiko khusus untuk varian Omicron.

Untuk ujian RT-PCR, DOH hanya mengesyorkannya kepada pekerja penjagaan kesihatan, warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi.

Sehingga semalam, Filipina merekodkan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 sebanyak 3,058,634 kes, tempat kedua dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Indonesia. Negara itu juga mencatat 52,654 kes kematian dengan kes aktif mencecah 208,164 kes. – PNA

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok