Filipina batal ‘lockdown’, tarik balik sekatan ke atas Malaysia

September 7, 2021 · Dunia

Kerajaan Filipina akan membatalkan arahan duduk di rumah di seluruh kota Manila minggu ini untuk menguji pelaksanaan perintah berkurung bersasar, dalam usaha mengurangkan tekanan ekonomi dan peningkatan kes Covid-19.

Pada masa sama negara itu turut merekodkan 22,415 kes baharu Covid-19 semalam.

Data Kementerian Kesihatan Filipina menunjukkan kes positif Covid-19 kini melebihi 2.1 juta, sementara 103 pesakit turut meninggal dunia menjadikan keseluruhannya 34,337 kematian.

Lebih 13 juga populasi Manila sebelum ini dikenakan perintah sekatan dan ‘lockdown’ sejak 6 Ogos lalu, susulan peningkatan jangkitan akibat penularan varian Delta yang lebih pantas dan mudah berjangkit.

Tindakan menarik balik sekatan dan ‘lockdown’ itu diambil tatkala purata jangkitan baharu melebihi 20,000 kes sehari dalam tempoh tiga hari lalu sehingga menyebabkan tekanan kepada pihak hospital yang kekurangan jururawat.

“Metro Manila akan melaksanakan perintah berkurung bersasar peringkat tempatan sebagai perintis,” kata jurucakap presiden, Harry Roque sambil menjelaskan bangunan, kediaman, dan jalan boleh menjadi sasaran perintah itu.

Malah, katanya tindakan itu boleh menjadi perintah berkurung penuh bagi lokaliti berkenaan sehingga makanan juga akan dihantar kepada penduduk.

Langkah itu dilihat seperti dilaksanakan Malaysia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dikenakan ke atas sesebuah lokaliti.

Bagaimanapun, tiada perincian lain berhubung bagaimana langkah bersasar yang akan dilaksanakan oleh Filipina.

Sekatan yang lebih longgar di ibu negara itu, yang merangkumi kira-kira satu pertiga daripada ekonomi negara itu, akan membolehkan ramai perniagaan terkesan kembali beroperasi dan merancakkan semula pelancongan tempatan.

Berdasarkan peraturan sebelum ini, pelanggan dibenarkan makan di restoran dan salun kecantikan boleh beroperasi, namun pada kapasiti tertentu, sama seperti aktiviti di gereja.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, berkata negara itu tidak mampu lagi untuk melaksanakan perintah berkurung lebih lama, selepas langkah sebelum ini menjejaskan ekonomi dan menyebabkan jutaan hilang pekerjaan.

Pada masa sama, Duterte turut menarik balik sekatan dikenakan ke atas pengembara dari 10 negara, termasuk Malaysia berkuat kuasa semalam.

Sekatan sejakApril dan Julai dikenakan bagi mengekang penularan susulan India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Nepal, Emiriah Arab Bersatu, Thailand, Malaysia, Oman dan Indonesia merekodkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi. – CNA

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok