Filipina bantah pergerakan kapal China dekat Beting Scarborough

March 27, 2022 · Dunia

Filipina sekali lagi mengecam tindakan kapal pengawal pantai China yang melakukan pelayaran jarak dekat tidak jauh dari Beting Scarborough yang dikenali sebagai Bajo de Masinloc yang dituntut Manila.

Kejadian itu berlaku pada 2 Mac ketika pengawal pantai Filipina melakukan rondaan di sekitar beting itu, lapor pihak berkuasa Filipina dalam kenyataan media pada Ahad (26 Mac 2022).

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Filipina telah membuat bantahan diplomatik berhubung insiden itu.

Pengawal pantai berkata pihaknya perlu menunggu isyarat daripada Pasukan Petugas Kebangsaan untuk Laut Filipina Barat sebelum mendedahkan kejadian itu kepada umum.

Ia melibatkan kapal pengawal pantai China dengan haluan nombor 3305 yang melakukan pergerakan jarak dekat di kawasan sekitar 21 ela (19.2m) ke arah kapal Filipina BRP Malabrigo, kata pengawal pantai Filipina.

“Ini mengekang ruang pergerakan BRP Malabrigo – satu pelanggaran yang jelas terhadap Peraturan Antarabangsa 1972 untuk Mencegah Perlanggaran di Laut (COLREGS),” katanya.

Pengawal pantai telah meminta Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina untuk membantu menangani isu itu melalui “pendekatan berasaskan peraturan dan aman,” menurut komander, Laksamana Artemio Abu.

Jabatan hal ehwal luar negeri dan kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan untuk memberi ulasan, lapor SCMP.

China menuntut sebahagian besar perairan dalam apa yang dipanggil ‘Nine Dash Line’ di Laut China Selatan, yang turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Abu berkata ia adalah insiden keempat yang dilaporkan dalam pergerakan jarak dekat yang melibatkan pengawal pantai China dan kapal Filipina di Beting Scarborough sejak Mei tahun lepas.

Walaupun berdepan risiko, Abu berkata penempatan aset dan kakitangan Filipina ke perairan dalam zon ekonomi eksklusif negara itu akan diteruskan. – Agensi

Berita berkaitan
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023· Dunia
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
13 jam lalu · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok