FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel

March 30, 2023 · Dunia

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam (29 Mac 2023) mengetepikan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) berikutan kebimbangan politik susulan penyertaan Israel dalam pertandingan itu.

Keputusan itu dibuat “berikutan perkembangan semasa”, kata FIFA dalam satu kenyataan tanpa menyatakan secara terperinci menurut AFP.

“Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin, dengan tarikh kejohanan masih belum berubah,” tambah kenyataan itu.

Undian bagi kejohanan membabitkan 24 pasukan itu yang akan bermula pada 20 Mei depan dijadual berlangsung di Bali esok, namun FIFA membatalkan majlis berkenaan tanpa memberikan sebab atau menetapkan tarikh baharu.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik secara formal dan mereka memberikan sokongan buat Palestin di negara memiliki penduduk Muslim paling ramai itu seterusnya mencetuskan penolakan terhadap pembabitan pasukan Israel.

Selain kerajaan Bali meminta Israel disingkirkan daripada kejohanan, ratusan penduduk Muslim melakukan demonstrasi di ibu kota Jakarta bulan ini sebagai protes terhadap pembabitan negara itu.

Pegawai kerajaan Indonesia awal minggu ini berkata kegagalan untuk menganjurkan kejohanan berkenaan boleh menyebabkan penggantungan dan mereka boleh disingkirkan daripada kejohanan antarabangsa lain termasuk Piala Dunia dan Piala Asia.

Mereka berkata kegagalan boleh menyebabkan kerajaan rugi dalam aspek ekonomi membabitkan trillion rupiah.

FIFA menjelaskan sebarang sekatan terhadap Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) “mungkin akan ditentukan pada tahap seterusnya.”

“Saya sudah cuba yang terbaik. Selepas menghantar surat dari Presiden (Indonesia) Jokowi, dan berbincang dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, kita mesti menerima keputusan FIFA untuk membatalkan hak penganjuran yang akan diadakan itu,” kata Erick Thohir, Presiden PSSI selepas mengadakan perbincangan di Doha.

“Indonesia ialah ahli FIFA, jadi bagi pembabitan dalam bola sepak antarabangsa, kita mesti mengikut peraturan ditetapkan. FIFA memikirkan bahawa dalam keadaan semasa, ia tidak boleh diteruskan, kami mesti menerimanya,” katanya.

Indonesia tidak bermain dalam kejohanan itu sejak 1979.

Mereka layak secara automatik untuk kejohnan itu sebagai tuan rumah tetapi kini akan kehilangannya apabila tuan rumah baharu dipilih.

Israel layak ke kejohanan berkenaan buat pertama kali selepas pusingan akhir Kejohanan Bawah 19 Tahun Eropah setelah mereka menamatkan kedudukan di tangga kedua di belakang England. – AFP

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok