Fenomena cuaca panas di Indonesia dijangka berterusan hingga Nov

May 16, 2022 · Dunia

Rakyat Indonesia dijangka berdepan fenomena cuaca panas sehingga November depan, menurut ramalan kaji cuaca agensi.

Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mengeluarkan ramalan fenomena cuaca panas tersebut susulan catatan suhu di beberapa wilayah mengalami cuaca panas sehingga mencecah 36.1 darjah celsius, antaranya di Jabodetabek.

Keadaan itu diramalkan akan berlanjutan selama empat bulan lagi.

BMKG juga mendedahkan fenomena yang berlaku disebabkan oleh musim peralihan dari musim hujan ke kemarau.

Jelas agensi itu, suhu tertinggi yang direkodkan adalah 36.1 darjah Celsius dan diramalkan lebih tinggi pada masa hadapan.

“Sehingga hujung musim kemarau November ini, suhu mungkin melebihi 36 darjah celsius.

“Namun, ia tidak akan mencapai lebih 40 darjah Celsius seperti mana tersebar di media sosial,” kata Ketua Jabatan Meteorologi Awam, Fahry Rajab kepada CNN Indonesia.

Sementara itu, musim peralihan turut berlaku di sebahagian besar kawasan di Indonesia khususnya wilayah Jawa-Bali-Nusa Tenggara dan wilayah yang terletak di selatan garisan Khatulistiwa pada tempoh April-Mei.

Bagaimanapun, kawasan lain masih mengalami musim hujan.

Berita berkaitan
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022· Dunia
Singapura import ayam dari Indonesia, tambah sumber baharu makanan
July 1, 2022· Dunia
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
June 29, 2022· Politik
Program Agong ditangguh, Tajuddin belum terima watikah lantikan duta
June 20, 2022· Isu semasa
Popular
46 jemaah haji Indonesia tertipu, syarikat kata visa dari Malaysia
July 5, 2022
Poster tuhan Hindu merokok, pegang bendera LGBT cetus kemarahan
July 5, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Penternak beri ayam makan ganja, daging dan telur lebih berkualiti
June 13, 2022
Lagi Dunia terkini
Poster tuhan Hindu merokok, pegang bendera LGBT cetus kemarahan
40 minit lalu · Dunia
Jepun bantah kehadiran kapal perang China, Russia dekat Diaoyu
55 minit lalu · Dunia
46 jemaah haji Indonesia tertipu, syarikat kata visa dari Malaysia
9 jam lalu · Dunia
Enam maut, 36 cedera ditembak ketika perarakan di Chicago
9 jam lalu · Dunia
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
July 4, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
8 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok