FDA lulus vaksin penggalak Pfizer kepada individu 65 tahun ke atas

September 23, 2021 · Dunia

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan suntikan penggalak vaksin Pfizer Covid-19 kepada individu berusia 65 tahun ke atas, serta sesetengah rakyat negara itu yang berdepan risiko tinggi, membuka jalan bagi membolehkan program itu dipercepatkan.

Dos penggalak dicadangkan diberi sekurang-kurangnya enam bulan setelah suntikan dos kedua, dan kebenaran itu termasuk individu yang paling mudah terdedah kepada jangkitan teruk.

Selain itu, individu bertugas yang berisiko terdedah kepada jangkitan Covid-19 juga dibenar menerima dos penggalak, kata FDA dalam kenyataan hari ini.

Panel penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mengundi hari ini berkaitan suntikan vaksin penggalak, kata pegawai agensi itu dipetik Reuters.

Pada Ogos lalu, Presiden Joe Biden mengumumkan kerajaan memberi perhatian serius untuk melaksanakan program suntikan dos penggalak kepada individu berusia 16 tahun dan ke atas minggu ini, sementara menunggu kelulusan FDA dan CDC.

17 September lalu, panel penasihat FDA mencadangkan suntikan vaksin penggalak diberikan kepada individu berusia 65 tahun ke atas, dan mereka yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 dengan teruk, tetapi menolak permintaan yang dicadangkan Biden.

Panel itu turut mencadangkan FDA memasukkan kakitangan kesihatan dan individu bertugas dan terdedah kepada risiko dijangkiti virus Covid-19, seperti guru, untuk menerima suntikan penggalak itu.

Anggota panel itu berpendapat tidak ada bukti mencukupi bagi menyokong pelaksanaan suntikan dos penggalak kepada individu berusia 16 tahun dan ke atas yang melengkapkan suntikan kedua sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal.

Bagaimanapun, agensi itu boleh membuat keputusan lain pada masa depan.

Dalam perkembangan lain, Johnson & Johnson (j&J) berkata dos kedua vaksin Covid-19 keluaran syarikat itu memberi ketahanan tinggi terhadap jangkitan sederhana dan teruk.

Sesetengah negara, termasuk Israel dan Britain, telah melaksanakan program suntikan dos penggalak kepada rakyatnya. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok