Fauci sangkal dakwaan vaksin jejas kesuburan

Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional Antony Fauci berkata laporan mengenai kesan negatif vaksin Covid-19 terhadap kesuburan adalah maklumat yang salah, menurut laporan Bernama.

‚ÄúData baharu dan kajian terdahulu menunjukkan bahawa vaksinasi Covid-19 tidak memberi kesan negatif kepada kesuburan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dan organisasi perubatan profesional menekankan bahawa tiada bukti bahawa vaksinasi menjejaskan kesuburan,” kata Fauci dalam satu taklimat akhbar maya pada Rabu, menurut Sputnik.

Fauci juga berkata tanggapan salah yang lazim mengenai dakwaan kesan negatif terhadap kesuburan timbul akibat maklumat yang salah, tambahnya.

Bagaimanapun, Fauci mengakui bahawa jangkitan Covid-19 mengurangkan kesuburan lelaki.

Masalah itu adalah sementara dan berkaitan dengan penyakit itu sendiri, bukan disebabkan vaksinasi, katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR