Fasa baharu operasi khas tentera Russia di Ukraine bermula

April 20, 2022 · Dunia

Menteri Luar Russia Sergei Lavrov mengesahkan Moscow sudah memulakan fasa baharu dalam apa yang dipanggil operasi ketenteraan khasnya di Ukraine yang diramalkannya akan menjadi sesuatu penting.

“Satu lagi peringkat operasi ini sedang bermula dan saya pasti ini akan menjadi detik yang sangat penting dalam keseluruhan operasi khas ini,” kata Lavrov dalam temu bual dengan saluran TV India Today.

Kementerian Pertahanan Russia sebelum ini berkata tenteranya melakukan berpuluh-puluh serangan udara di timur Ukraine.

Moscow berkata peluru berpandu berketepatan tinggi mengenai 13 kedudukan Ukraine di Donbas, termasuk bandar utama Slovyansk, dan serangan udara lain telah menghancurkan 60 aset tentera musuh, termasuk di bandar-bandar berhampiran dengan barisan hadapan di timur negara itu.

Tentera Russia juga memusnahkan dua gudang yang menyimpan kepala peledak peluru berpandu taktikal Tochka-U di Chervona Polyana, di wilayah Luhansk, dan di Balakliia di wilayah Kharkiv.

Sebanyak 1,260 sasaran tentera telah terkena roket dan artileri semalam, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Sistem pertahanan udara Russia juga menembak jatuh pesawat pejuang MiG-29 Ukraine berhampiran Malynivka di wilayah Donetsk,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu pada Selasa, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata Russia telah memulakan “pertempuran Donbas” di timur negara itu pada dan sebahagian besar keseluruhan tentera Russia kini memberi tumpuan kepada melakukan serangan berkenaan.

“Tidak kira berapa ramai tentera Russia yang mereka hantar ke sana, kami akan berjuang. Kami akan mempertahankan diri,” katanya dalam satu ucapan video.

Ketua kakitangan Zelensky, Andriy Yermak menyebutnya “fasa kedua perang” dan memberi jaminan kepada Ukraine bahawa pasukan mereka boleh menahan serangan.

Media Ukraine melaporkan beberapa siri letupan kuat di sepanjang barisan hadapan di wilayah Donetsk, dengan tembakan berlaku di Marinka, Slavyansk dan Kramatorsk.

Pegawai tempatan Ukraine dan media tempatan juga berkata letupan kedengaran di Kharkiv di timur laut Ukraine, Mykolaiv di selatan dan Zaporizhzhia di tenggara.

Donbas menjadi tumpuan kempen Russia untuk menggugat kestabilan Ukraine, bermula pada 2014 apabila Kremlin menggunakan proksi untuk menubuhkan dua republik rakyat pemisah di negara bekas Soviet itu.

Wilayah itu turut menempatkan kebanyakan kekayaan perindustrian Ukraine, termasuk arang batu dan keluli.

Kementerian Pertahanan Russia juga berkata ratusan sasaran tentera Ukraine dimusnahkan dalam serangan semalaman.

Tentera udara Russia juga telah melancarkan serangan terhadap 108 kawasan di mana tentera Ukraine tertumpu dan artileri Russia mengenai 315 sasaran tentera Ukraine. – Agensi

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Undi awal tentera dan polis hari ini
August 8, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok