Facebook, Google dan Twitter dipanggil beri penjelasan kepada Kongres Amerika

March 26, 2021 · Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Google dan Twitter berdepan dengan penggubal undang-undang Amerika Syarikat yang mempertikaikan peranan ketiga-tiga syarikat gergasi teknologi itu berhubung penyaluran maklumat salah, ketagihan teknologi dan masalah lain.

Sesi kali ini menyaksikan buat kali pertamanya bos ketiga-tiga syarikat itu, Mark Zuckerberg, Sundar Pichai dan Jack Dorsey muncul di hadapan anggota kongres sejak rusuhan ganas di Capitol Hill pada Januari lalu.

Penyebaran maklumat salah berhubung Covid-19, pilihan raya AS 2020 dan topik lain meningkatkan ketegangan antara syarikat teknologi dengan penggubal undang-undang antara perkara hangat dibincangkan.

Ketegangan semasa sesi tersebut menyaksikan bos ketiga-tiga syarikat itu diberikan tekanan untuk memberikan yang tepat dan jujur yang berlangsung selama lebih lima jam.

Penggubal undang-undang AS mengatakan bahawa mereka sedang mengkaji undang-undang baharu, termasuk Seksyen 230 dari Akta Komunikasi Kesopanan 1996, undang-undang yang melindungi syarikat dalam talian dari tanggungjawab terhadap kandungan yang disiarkan oleh penggunanya.

“Hari ini undang-undang kita memberi syarikat ini cek kosong untuk tidak melakukan apa-apa selain membatasi penyebaran maklumat,” kata Ketua Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan, Frank Pallone Jr., yang merupakan seorang perwakilan Demokrat di New Jersey.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok