Facebook gantung Trump dua tahun

June 5, 2021 · Dunia

Pengendali laman sosial Facebook menutup akaun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selama dua tahun sehingga 2023 dan memberi peringatan bahawa meraka tidak lagi mengecualikan orang kenamaan daripada beberapa protokolnya.

“Berdasarkan tahap keseriusan situasi yang membawa kepada penggantungan Trump, kami percaya tindakannya melanggar peraturan kami dan wajar dikenakan penalti maksimum di bawah penguatkuasaan protokol baharu,” katanya Naib Presiden Hal Ehawal Antarabangsa Facebook, Nick Clegg.

Beliau berkata, Facebook menggantung akaun Trump selama dua tahun berkuat kuasa daripada penggantungan awal pada 7 Januari lalu susulan tindakannya menyokong rusuhan di Capitol AS pada 6 Januari yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh.

“Dalam menetapkan sekatan dua tahun untuk pelanggaran serius, Facebook berpendapat tempoh itu cukup lama untuk meredakan keadaan susulan hasutan itu dan menghalang Trump daripada melakukan pelanggaran berat pada masa akan datang.

“Tiada imuniti kepada orang kenamaan atau ahli politik untuk memuat naik kandungan yang mengelirukan atau kata-kata kesat di Facebook,” katanya.

Clegg berkata, Facebook juga memberi amaran Trump akan digantung selama-lamanya jika terus melanggar peraturan media sosial itu.

Bulan lalu, panel pemantau bebas memaklumkan Facebook berhak menggantung Trump susulan komen berhubung tindakan penyokongnya yang merusuh di Capitol AS pada 6 Januari lalu, namun Facebook tidak sepatutnya mengenakan penggantungan selama-lamanya.

Dalam satu kenyataan, Trump menyifatkan penggantungan itu satu penghinaan kepada penyokongnya, dan mengulangi dakwaan kononnya pilihan raya Presiden AS tahun lalu dirompak daripadanya. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok