Euro 2020: Tiga negara intai peluang dalam aksi awal pagi ini

June 21, 2021 · Dunia

Euro 2020 semakin mendekati pengakhiran di mana perlawanan penyingkiran beberapa negara daripada meneruskan pertarungan, menjadi perhatian awal pagi nanti tatkala pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Awal pagi nanti waktu Malaysia – Denmark, Finland dan Russia masing-masing mempunyai peluang untuk mengiringi Belgium pada pusingan seterusnya dalam Kumpulan B.

Denmark kalah dalam kedua-dua percubaan mereka dan kebanyakannya beraksi tanpa kehadiran pemain tengah kelab Inter Milan, Christian Eriksen selepas dia pengsan di atas padang ketika berdepan Finland pada pembukaan permainan pertama.

Namun skuad Danish Dynamite itu masih mempunyai mata mencukupi untuk mara jika menewaskan Russia di Copenhagen, sambil berharap Finland pula kecundang di tangan Belgium di St Petersburg.

Bermain di tempat sendiri, Stadium Parken, pastinya ribuan penyokong akan mengharapkan Denmark menundukkan Russia, awal pagi nanti.

Kemenangan dengan dua gol atau lebih sudah cukup, jika Finland pula tewas. Kami masih belum berakhir. Kami sudah bersedia untuk melaluinya dan akan terus bermain, kata jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand.

Russia pula bakal menjadi pasukan yang akan merosakkan keceriaan tuan rumah. Walaupun dengan memperoleh satu mata sudah cukup untuk menduduki tempat kedua jika Belgium pula menang ke atas Finland.

Jurulatih Sepanyol Roberto Martinez menyifatkan kedudukan Belgium belum terjamin untuk berada di kedudukan dua teratas, tetapi keputusan seri akan meletakkan pasukan itu sebagai pemenang kumpulan.

Sementara dalam Kumpulan C yang juga akan beraksi awal pagi nanti, Ukraine dan Austria akan berdepan sesama sendiri di Bucharest – seri sudah cukup untuk membuatkan kedua-duanya mara ke pusingan seterusnya.

Kedua-dua pasukan kini mempunyai tiga mata dan pemenang akan kekal di tangga teratas, sementara yang kalah bakal menunggu penuh debaran apakah mereka akan termasuk dalam tiga pasukan terbaik.

Tetapi keputusan seri menjadikan kedua-duanya selesa dengan Ukraine di tempat kedua di belakang Netherlands berdasarkan jaringan gol, sekali gus meletakkan Austria dikedudukan ketiga – juga empat mata tetapi berbeza pada jaringan gol. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok