EURO 2020: Itali ke separuh akhir bertemu Sepanyol

July 3, 2021 · Dunia

Seperti dijangkakan penyerang utama Itali, Lorenzo Insigne tidak menghampakan peminatnya apabila meledak gol kedua pada separuh masa pertama pertemuan suku akhir EURO 2020 di Munich, bertemu Belgium.

Itali akan bertemu Sepanyol yang menundukkan Switzerland 3-1 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat permainan di St Petersburg, juga pagi tadi.

Berlangsung di Arena Bolasepak Munich di Jerman jam 3 pagi ini, Itali mendahului pada minit 31 apabila pemain Inter Milan, Nicolo Barella meledakkan gol pertama.

Tiga belas minit kemudian ayam tambatan Itali, Insigne meledakkan golnya menjadikan kedudukan 2-0.

Namun pada minit ke 47 masa tambahan separuh pertama, Belgium memperoleh sepakan penalti disempurnakan Romelu Lukaku, penyerang Inter Milan yang menjadi penjaring ke dua terbanyak Serie A.

Jaringan itu melegakan skuad Red Devils yang berhempas pulas untuk menundukkan lawan yang lebih hebat.

Babak awal menyaksikan Itali berhempas pulas untuk menjaringkan gol namun gagal. Hingga ke minit 30 Itali mengambil kesempatan ke atas kesilapan pemain pertahanan Belgium, Jan Vertonghen yang membuat hantaran 30 ela terus kepada pemain tengah Itali, Marco Verratti.

Verratti kemudian membuat hantaran kepada Barella yang menyudahkannya dari dalam kotak penalti dengan mudah menewaskan penjaga gol Belgium, Thorgan Hazard.

Minit ke-44 menyaksikan pemain Napoli itu tidak mensia-siakan peluang dengan membuat sepakan lengkung kaki kanan menjunam ke gawang Belanda menjadikan kedudukan 2-0.

Hampir tamat separuh masa pertama, Belgium memperoleh sepakan penalti apabila Di Lorenzo menjatuhkan Lukaku.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat ditiup sekali gus membuatkan jutaan peminat Itali di Rom melonjak kegembiraan.

Jadual perlawanan laluan ke suku akhir dan separuh akhir EURO 2020.

Kemenangan itu menyaksikan Itali belum pernah tewas sekali pun pada EURO 2020, yang ditunda ke tahun ini susulan penularan pandemik Covid-19.

Sementara dalam pertemuan Sepanyol dan Switzerland penjaga gol Unai Simon menjadi hero apabila menampan dua sepakan pemain Switzerland, Fabian Schaer dan Manuel Akanji.

Mikel Oyarzabal memastikan kemenangan Sepanyol selepas sepakan Ruben Vargas tersasar melepasi gawang Sepanyol.

Pada awal permainan, Switzerland mengheret pertemuan itu hingga ke masa tambahan walaupun terpaksa beraksi 10 orang selepas Remo Freuler dibuang padang pada minit ke-77.

Sepanyol mendahului permainan seawal minit kelapan menerusi jaringan sendiri Denis Zakaria tetapi Xherdan Shaqiri menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Penjaga gol Switzerland Yann Sommer bertindak cemerlang menafikan deretan percubaan Sepanyol dalam masa tambahan untuk memastikan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Berita berkaitan
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022· Politik
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan
August 8, 2022· Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022· Dunia
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok