EURO 2020: Denmark benam Russia 4-1

June 22, 2021 · Dunia

Denmark seperti dijangkakan bermati-matian untuk meraih kemenangan sekali gus mengiringi juara Kumpulan B, Belgium meletakkan kaki ke dalam 16 pasukan yang akan bertarung dalam pertemuan kalah mati.

Denmark tahu mereka mesti mengalahkan Russia dengan sekurang-kurangnya dua gol, sambil berharap Finland pula kecundang di tangan Belgium di St Petersburg.

Bermain di tempat sendiri, Stadium Parken, skuad Danish Dynamite membenam Russia 4-1 biarpun tanpa kehadiran pemain tengah kelab Inter Milan, Christian Eriksen selepas dia pengsan di atas padang ketika berdepan Finland pada pembukaan permainan pertama.

Namun saat Copenhagen meraikan kegembiraan hadir menerusi jaringan Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle, sementara Belgium pula menghancurkan harapan Finland dengan dua gol lewat berbalas 2-0.

Anak buah Kasper Hjulmand akan bertemu Wales dalam aksi di Amsterdam pada Sabtu.

“Paling penting adalah kami sekarang bersatu sebagai Denmark. Saya perlu menikmati masa ini. Saya sangat bangga dengan semua pemain,” kata Maehle .

Keputusan Kumpulan B itu turut menyaksikan Switzerland, yang berada pada kedudukan tempat ketiga Kumpulan A, Republik Czech, England, Sweden dan Perancis, yang belum menamatkan permainan dalam kumpulan masing-masing, mara ke pusingan kalah mati.

Czech dan England akan beradu di Stadium Wembley pada Selasa, dengan tempat pertama Kumpulan D menjadi taruhan, sementara Sweden akan berdepan Poland pada Khamis dan juara dunia Perancis berdepan Portugal juga pada awal pagi Khamis.

Austria pula menundukkan Ukraine 1-0 untuk melangkah ke pertemuan kalah mati.

Jaringan Christoph Baumgartner seawal minit ke-21 cukup untuk memastikan Austria di kedudukan tempat kedua dalam Kumpulan C di belakang Netherlands yang membenam North Macedonia 3-0.

Austria akan menentang pemenang Kumpulan A, Itali di Wembley pada hari Sabtu untuk tempat ke suku akhir. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok