EU lulus vaksin Moderna untuk kanak-kanak seawal usia 12 tahun

July 24, 2021 · Dunia

Badan Pengawal Selia Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EMA) meluluskan vaksin Covid-19 – Moderna – kepada kanak-kanak seawal usia 12 tahun hingga 17 tahun, sekali gus menjadi yang pertama membenarkan suntikan bagi individu di bawah 18 tahun.

Keputusan itu dibuat setelah EMA menjalankan penyelidikan ke atas lebih 3,700 kanak-kanak berusia 12 tahun hingga remaja 17 tahun yang mendapat suntikan dos vaksin itu menghasilkan tindak balas antibodi yang sama terhadap individu berusia 18 hingga 25 tahun.

Kajian berkenaan masih berterusan sesuai dengan rancangan penyelidikan pediatrik (PIP) Spikevax (jenama vaksin Moderna), yang telah disetujui oleh Jawatankuasa Pediatrik EMA (PDCO).

Vaksin berkenaan akan diberi dalam dua suntikan dengan sela masa empat minggu.

“Kajian menunjukkan Spikevax menghasilkan tindak balas antibodi yang setara pada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, sama seperti individu berusia 18 hingga 25 tahun,” katanya.

Spikevax dihasilkan menggunakan bahan genetik teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA, sama seperti Pfizer, untuk mencetus dan melonjakkan protein badan bagi menghasilkan tindak balas imun.

Kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin itu juga akan mengalami kesan sampingan sama seperti individu dewasa, termasuk sakit dan bengkak pada tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot dan sendi, kelenjar limfa membesar, menggigil, mual, muntah dan demam.

“Bagaimanapun, profil keselamatan keseluruhan Spikevax disahkan menerusi kajian terhadap individu dewasa.

“Oleh itu, Jawatankuasa Ubat-Ubatan EMA menganggap bahawa faedah Spikevax pada kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun melebihi risiko, terutama pada mereka yang tinggal dalam persekitaran yang berisiko Covid-19,” kata EMA. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok