Erdogan mahu gencatan senjata sebelum rundingan ramai Rusia-Ukraine

March 29, 2022 · Dunia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengulangi gesaannya bagi gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine menjelang rundingan damai di Istanbul demi menamatkan konflik yang sudah berlanjutan hampir dua bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kami percaya penyelesaian keamanan yang adil tidak akan merugikan sesiapa, dan tiada pihak inginkan konflik berpanjangan,” kata Erdogan kepada delegasi Rusia dan Ukraine di Turki lapor Bernama.

Beliau juga berkata Turki bersedia menjadi tuan rumah rundingan damai antara presiden Rusia dan Ukraine.

Turki telah mempamerkan pendekatan yang adil untuk melindungi hak, undang-undang dan sensitiviti kedua-dua pihak di semua platform antarabangsa, kata Erdogan.

Pusingan baharu rundingan damai antara Rusia dan Ukraine akan berlangsung di Istanbul pada Selasa.

Delegasi Rusia dan Ukraine tiba di bandar itu pada Isnin.

Terdahulu, Erdogan berkata beliau akan duduk bersama kedua-dua pihak untuk “pertemuan singkat” sebelum rundingan damai.

Beliau juga berkata perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari Ukraine dan Rusia akan diteruskan dan “menjurus kepada penyelesaian yang diingini.”

Beberapa rundingan antara Rusia dan Ukraine telah diadakan di Belarus setakat ini, dan rundingan terakhir telah diadakan melalui pautan video pada 14 Mac, tanpa sebarang keputusan konkrit.

Turki menjadi tumpuan dunia pada 10 Mac, berikutan negara itu menjadi tuan rumah kepada pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua pihak membabitkan menteri luar Rusia dan Ukraine di bandar Antalya di selatan Turki, sejak krisis tercetus.

Turki mendapat pujian meluas atas usahanya menamatkan sengketa kedua-dua negara itu, berikutan negara itu menjalin hubungan mesra dengan Rusia dan Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine mendapat tentangan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta beberapa negara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,151 orang awam terbunuh dan 1,842 yang lain cedera manakala lebih 3.87 juta melarikan diri ke negara jiran, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita berkaitan
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022· Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Rusia kemaskini senarai nama sekatan, bekas PM Britain disenarai hitam
August 2, 2022· Dunia
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok