Enjin peluru berpandu Turki catat rekod dunia

April 16, 2021 · Dunia

Enjin peluru berpandu jarak sederhana antikapal pertama Turki memecahkan rekod dunia dengan mencapai 1,342 newton daya tujahan dengan diameter 240 milimeter (9.5 inci), kata Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank, hari ini.

Enjin TEI-TJ300 dibangunkan TUSAS Engine Industries (TEI) dengan sokongan daripada Majlis Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turki (Tubitak), akan dapat digunakan dalam sistem pertahanan udara, laut, dan darat.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Mustafa, enjin turbojet TEI-TJ300 mampu mencecah 48,456 RPM.

Projek membangunkan enjin pertama peluru berpandu jarak sederhana itu bermula pada 2017 dan telah diuji pada Jun tahun lalu.

Menurut laman sesawang TEI, enjin TJ300 mampu mencapai 90 peratus daripada kelajuan bunyi pada ketinggian 5,000 kaki.

TEI-TJ300 adalah enjin pertama di dunia yang dapat menjana kuasa dalam kelas tujahan dengan diameter terhad 240 mm untuk disesuaikan dengan sistem peluru berpandu. – Agensi

Berita berkaitan
ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara
June 12, 2022· Dunia
Lapan peluru berpandu diuji Amerika, Korea Selatan
June 6, 2022· Dunia
Korea Utara didakwa lancar peluru berpandu ke perairan timur
May 8, 2022· Dunia
Korea Utara didakwa lancar peluru berpandu lagi
May 4, 2022· Dunia
Popular
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
1 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
6 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok