England kesan varian baharu Covid-19

July 24, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa kesihatan awam England (PHE) sedang menyiasat varian baharu Covid-19 yang menular dalam kalangan rakyatnya dengan setakat ini telah menjangkiti 16 individu.

Varian yang dikenali sebagai B.1.621 itu kini dikategorikan sebagai varian dalam siasatan (VUI).

PHE kini sedang menganalisis jenis virus baharu yang boleh menyebabkan kematian yang bertanggungjawab terhadap krisis kesihatan global.

Bagaimanapun PHE menekankan bahawa ketika ini tidak ada bukti yang menunjukkan varian baharu itu menjadikan vaksin kurang efektif atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Pakar juga sedang menjalankan kajian untuk lebih mengetahui kesan mutasi varian itu.

Dalam kenyataannya PHE berkata 16 kes yang dijangkiti B.1.621 dikenal pasti di seluruh England dan majoriti dikaitkan dengan perjalanan di luar negara.

“Setakat ini tidak ada bukti jangkitan di dalam komuniti di UK. Juga setakat ini tiada bukti menunjukkan varian ini menyebabkan sakit teruk atau menjadikan vaksin kurang efektif.

“PHE sedang menjalankan ujian makmal untuk memahami lebih lanjut kesan mutasi dan tingkah laku virus ini,” kata PHE.

Kenyataan itu muncul tatkala PHE menerbitkan data terbaharu yang menunjukkan kes jangkitan akibat varian Delta meningkat daripada 33 kepada 716 kes sejak minggu lalu, menjadikan 286,765 kes.

Kes membabitkan varian Delta di United Kingdom (UK) kini sebanyak 99 peratus berbanding varian lain. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok