England kempunan lagi

July 12, 2021 · Dunia

Itali menjuarai EURO 2020 selepas menundukkan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua hasil umpanan Kieran Trippier, untuk merekodkan gol terpantas di EURO.

Bagaimanapun kedudukan menjadi 1-1 apabila pertahanan Itali, Leonardo Bonucci menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma sekali lagi menjadi wira penentuan penalti apabila menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar oleh pemain England.

Kapten England, Harry Kane dan Harry Maguire menyempurnakan sepakan untuk England dalam kekalahan 3-2 penentuan penalti itu.

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan mereka, sekali gus membuatkan England kempunan lagi untuk menjulang trofi utama sejak Piala Dunia 1966.

Berita berkaitan
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022· Politik
Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis
October 29, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022· Dunia
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok