England ke Final EURO 2020 bertemu Itali

July 8, 2021 · Dunia

Setelah berhempas pulas selama 120 minit, England menempah tiket ke final EURO 2020 bertemu Itali selepas menundukkan Denmark pada masa tambahan di hadapan lebih 65,000 penonton sendiri di Stadium Wembley pagi ini.

Harry Kane menjadi hero pasukan apabila pantas menolak kembali bola ke gawang lawan pada minit 105 selepas sepakan penaltinya muntah ditepis Kasper Schmeichel, menjadikan kedudukan akhir 2-1.

Terdahulu pada minit ke 30, pemain tengah Denmark, Mikkel Damsgaard mengejutkan penyokong England menerusi tendangan percuma di luar kotak penalti ke kanan pintu gol gagal diselamatkan Jordan Pickford.

Ketinggalan dengan 1-0, England terus mengasak kubu Denmark sehingga menyamakan kedudukan pada minit ke 39 hasil kesilapan Simon Kjaer yang menjaringkan bola ke gol sendiri.

Sehingga tamat 90 minit permainan kedudukan kekal terikat 1-1.

Minit ke 104, Raheem Shaquille Sterling yang mengawal bola dalam kotak penalti dijatuhkan. Pengadil meniup wisel dan menunjuk jari ke arah titik penalti.

Penyokong dua negara tergamam menahan nafas. Kane mengambil bola, melepaskan sepakan tetapi ditepis Schmeichel namun sepantas itu juga dia menolak kembali bola menerjah jaring Denmark.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga akhir masa tambahan.

Berita berkaitan
Penderma darah lelaki diarah pulang enggan jawab hamil atau tidak
June 19, 2022· Dunia
Tipu AS$1.7 bilion: UAE akan ekstradisi suspek warga Britain ke Denmark
June 4, 2022· Dunia
Swiss tak benarkan Denmark hantar Piranha III ke Ukraine
June 2, 2022· Dunia
Isteri dan rakan warga Thai ditahan rancang bunuh suami warga Denmark
April 30, 2022· Dunia
Popular
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok