Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis

August 7, 2022 · Dunia

Angka kematian akibat keganasan terbaharu di Semenanjung Gaza meningkat kepada 24, termasuk enam kanak-kanak, kata pihak berkuasa kesihatan Palestin di wilayah itu pada Sabtu (6 Ogos), tetapi Israel menafikan melakukan serangan yang dilaporkan membunuh kanak-kanak di bawah umur.

Kementerian Kesihatan Gaza menyalahkan “pencerobohan Israel” menyebabkan kematian, yang juga termasuk “seorang wanita tua”, manakala kira-kira 203 orang lagi cedera.

Tetapi kenyataan rejim Zionis Israel menafikan serangan di Jabalia pada Sabtu yang dilaporkan membunuh kanak-kanak, sambil berkata roket yang ditembak oleh militan Gaza ke arah Israel telah gagal.

Tidak jelas berapa ramai kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan pada hari kedua di Jabalia.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, terbunuh dalam serangan udara pada Jumaat, kata kementerian kesihatan dalam jumlah yang lebih awal.

Media Gaza melaporkan tentera Israel mengakhiri hari kedua operasi ketenteraannya di Gaza dengan serangan maut berskala besar di kawasan kediaman yang sesak, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh sejak Jumaat.

Kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan rejim Zionis Israel di kawasan perumahan berhampiran masjid di kem pelarian Jabalia yang sesak di utara Semenanjung Gaza pada lewat Sabtu, lapor Middle East Eye.

Antara kanak-kanak serta remaja yang dikenal pasti maut ialah Momen al-Nairab,5, Hazem Salem, 9, Khalil Shubair, 10, Ahmad al-Nairb, 11 dan Khalil Abu Hamada, 19.

“Saya tidak dapat meluahkan apa yang baharu saya saksikan, saya masih gemetar,” kata Ahamd Arafah, seorang saksi serangan itu.

“Kami menonton berita seperti semua orang, kemudian kami mendengar jeritan dan berlari ke luar. Saya melihat adegan yang menakutkan. Kanak-kanak berlumuran darah, anggota badan di seluruh jalan, orang ramai berlari-lari bingung.

“Sudah tentu, semua ini adalah di tengah-tengah gangguan bekalan elektrik dan kami hampir tidak dapat melihat apa yang berlaku,” kata Arafah, sambil menambah bahawa mereka kemudian mula membawa mayat ke dalam ambulans.

“Ia benar-benar pembunuhan beramai-ramai. Tiada perkataan lain untuk menggambarkannya. Saya masih terkejut dengan apa yang saya lihat. Mereka hanya kanak-kanak. Apakah jenayah mereka?,” katanya lagi.

Terdahulu, serangan udara pada Jumaat berhampiran sebuah masjid di kejiranan Shujaiya di utara Gaza membunuh Alaa Qaddoum yang berusia lima tahun, seorang wanita berusia 23 tahun dan seorang warga emas berusia 75 tahun.

Pihak berkuasa Palestin berkata 650 unit rumah telah rosak dalam 24 jam pertama serangan Israel, yang telah menyasarkan beberapa menara kediaman, menurut media tempatan.

Israel memberi amaran pada Sabtu bahawa kempen pengeboman mautnya di Gaza boleh berlaku seminggu.

Sementara itu, dunia mula mengecam tindakan rejim Zionis Israel yang menyebabkan kematian, terutama kanak-kanak.

Turki mengecam rejim pengganas Israel, dengan mengatakan “tidak boleh diterima bahawa orang awam, termasuk kanak-kanak, kehilangan nyawa mereka dalam serangan”.

“Kami amat bimbang tentang ketegangan yang meningkat di rantau ini selepas serangan. Kami menekankan keperluan untuk menamatkan serangan itu sebelum ia bertukar menjadi lingkaran konflik baharu,” kata satu kenyataan Kementerian Luar Turki.

Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menuduh Israel berusaha untuk “menundukkan” rakyat Palestin melalui kuasa tenteranya yang besar bagi “menghapuskan” mereka yang mempertahankan hak mereka dan menyeru agar pendudukan Israel dihentikan.

Universiti Al-Azhar Mesir, salah satu pihak berkuasa agama tertinggi di dunia Islam, juga mengeluarkan kenyataan pedas yang mengutuk tindakan “senyap global yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima,” sehingga membolehkan Israel meneruskan “pelanggaran hak asasi manusia yang tidak bermoral dan biadab, dan berulang kali menyerang umat Islam Palestin yang tidak bersalah.”

Bagaimanapun, sekutu rapat rejim Zionis, Amerika Syarikat berkata Israel berhak mempertahankan wilayahnya. – Agensi

Kumpulan pejuang Briged Al-Quds menembak roket ke arah Israel ketika membalas serangan rejim pengganas itu ke atas Semenanjung Gaza. – Gambar EPA-EFE

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok