Empat warga Palestin terbunuh dalam pertempuran di Tebing Barat

Sekurang-kurangnya empat warga Palestin dilaporkan terbunuh pada Selasa sementara 64 yang lain cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat, kata sumber perubatan.

Sumber memberitahu agensi berita Xinhua ramai penunjuk perasaan Palestin cedera akibat tembakan peluru getah dan gas pemedih mata yang ditembak tentera Israel bagi meleraikan para penunjuk perasaan di beberapa kota dan bandar Tebing Barat.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan adalah gesaan untuk mengadakan mogok umum di Tebing Barat sebagai protes terhadap serangan Israel di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 213 orang Palestin sepanjang sembilan hari lalu.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan menuduh tentera Israel melepaskan tembakan ke arah ambulans Palestin dan mencederakan salah seorang paramediknya.

BERITA BERKAIT
POPULAR