Empat pesawat tentera Russia dipintas tentera Britain

February 3, 2022 · Dunia

Empat pesawat tentera Russia berjaya dipintas dan diiring keluar dari kawasan kepentingan United Kingdom di luar pesisir pantai Scotland.

Menurut laporan media antarabangsa, Jet pejuang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) diarahkan untuk bertindak dalam satu operasi selepas mengesan kehadiran pesawat Russia tersebut.

Jet pejuang Typhoon itu berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Lossiemouth di Moray dan turut disertai pesawat tangki pengisian minyak Voyager dari Tentera Udara Diraja Brize Norton di Oxfordshire, kata RAF dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

“Jenis pesawat Russia ialah Tupolev Tu-95 Bear H dan Tupolev Tu-142 Bear F.

“Jet pejuang Typhoon kami mengiringi pesawat Russia itu keluar dari kawasan kepentingan UK dan tanah berdaulat UK,” katanya.

Operasi itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan kuasa Barat berhubung penempatan tentera Russia di sepanjang sempadan Ukraine.

Rabu lalu, Perdana Menteri Britai, Boris Johnson berkata, beliau bimbang dengan ‘tindakan bermusuhan semasa’ Russia di sempadan Ukraine dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Russia., Vladimir Putin.

Johnson menggesa satu penyelesaian yang menghormati integriti wilayah Ukraine dan hak negara itu untuk mempertahankan diri, menurut jurucakap Downing Street.

“Johnson menegaskan bahawa sebarang pencerobohan Rusia ke wilayah Ukraine akan mencetuskan salah faham yang tragik,” tambah jurucakap itu.

Berita berkaitan
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
LRT Stesen Kelana Jaya, Ampang Park dihentikan sementara operasi 7 hari
November 9, 2022· Isu semasa
Ratu Elizabeth II disahkan meninggal dunia pada usia 96 tahun
September 9, 2022· Dunia
Anak bersama bapa ditahan simpan ganja 21.9kg bernilai RM52,500
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Putera Charles jadi Raja baharu serta merta ganti Ratu Elizabeth II
September 9, 2022
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok