Empat negara jiran Malaysia sudah catat kes cacar monyet

August 21, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemenkes) menggesa orang ramai mengelak daripada bersentuhan langsung dengan pesakit cacar monyet kerana penyakit itu berjangkit melalui sentuhan.

Jurucakap Kemenkes Mohammad Syahril meminta orang ramai mengekalkan protokol kesihatan dan melaksanakan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

Menurutnya penularan utama cacar monyet berlaku kerana hubungan langsung dengan penghidap.

“Jadi, protokol kesihatan bukan sahaja digunakan untuk mencegah Covid-19 tetapi juga untuk mencegah semua jenis penyakit berjangkit termasuk cacar monyet,” katanya.

Cacar monyet boleh berjangkit melalui sentuhan dengan penghidap, termasuk berjabat tangan, berpelukan, dan tidur bersama.

Malah, penularan juga berlaku kerana tersentuh dengan barangan milik pesakit seperti selimut, tuala dan sebagainya.

Bagaimanapun, Syahril berkata orang ramai tidak perlu panik kerana tahap keparahan cacar monyet tidak lebih teruk daripada Covid-19.

“Jika dibandingkan dengan Covid-19 yang mencatatkan kadar kematian 10-15 peratus, cacar monyet hanya melaporkan satu peratus kematian daripada jumlah keseluruhan kes.

“Selain itu, cacar monyet adalah penyakit yang membatasi diri jika tiada faktor komorbid atau faktor memburukkan yang lain.

“Cacar monyet adalah penyakit yang mengehadkan diri. Dalam inkubasi 21 hingga 28 hari, pesakit akan pulih sendiri jika tiada jangkitan tambahan atau super infection,” katanya.

Kemenkes sebelum ini mengumumkan kes cacar monyet pertama di Indonesia pada Sabtu, 20 Ogos. Pesakit berusia 27 tahun itu disahkan positif penyakit itu selepas menjalani ujian PCR dua hari sebelum keputusan keluar.

“Pesakit itu baharu sahaja melancong di luar negara,” katanya.

Singapura juga sebelum ini melaporkan kes pertama cacar monyet bulan lalu dan telah mengesahkan 15 kes setakat 5 Ogos. Di tempat lain di Asia Tenggara, Filipina dan Thailand juga telah mengesahkan kes masing-masing.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan global, dengan lebih 40,000 kes cacar monyet yang disahkan, termasuk segelintir kematian, di lebih 80 negara di mana virus itu bukan endemik.

Berita berkaitan
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
3 jam lalu· Isu semasa
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia
September 18, 2022· Isu semasa
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
22 jam lalu · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok