Elon Musk kini salah seorang pemegang saham terbesar Twitter

April 5, 2022 · Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk kini menjadi pemegang saham terbesar aplikasi media sosial, Twitter selepas membeli 9.2 peratus kepentingan dalam firma tersebut.

Susulan pengumuman itu, saham Twitter melonjak lebih 25 peratus semasa sesi dagangan pra-pasaran sebaik berita pembelian itu tersebar.

Pada penghujung bulan lalu, Musk memberitahu kira-kira 80 juta pengikut Twitternya sedang menimbang secara serius untuk membina platform media sosial menyaingi Twitter, yang dikritiknya kerana “gagal mematuhi prinsip kebebasan bersuara.”

Bagaimanapun, Musk tidak mengulas mengenai keputusan terbaharunya membeli saham dalam Twitter tersebut.

Pegangan 9.2 peratus saham dibeli Musk bersamaan dengan 73.5 juta saham saham biasa Twitter dan bernilai AS$2.89 bilion setakat harga saham terkini syarikat itu pada Jumaat.

Untuk rekod, pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey memegang 2.25 peratus kepentingan saham dalam syarikat media sosial itu.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Pegangan saham Khazanah RM530.28 juta dalam TNB dilupuskan
October 20, 2023· Isu semasa
Selepas dikritik PN, 33 peratus saham Boustead Plantations tak jadi dijual
October 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok