Duta Rusia dibaling cat merah semasa tunjuk perasaan di Poland

May 10, 2022 · Dunia

Duta Rusia ke Poland diserang dan dibaling cat merah oleh sekumpulan penunjuk perasaan di hadapan Tanah Perkuburan Askar Soviet di Warsaw.

Penunjuk perasaan menyerang duta tersebut, Sergey Andreev bersama rombongannya ketika tiba ke majlis menghormati tentera Red Army yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

Rakaman yang dikongsi secara meluas dalam talian menunjukkan cat dibaling dari belakang Andreev sebelum penunjuk perasaan menyimbah ke mukanya dengan cecair itu.

Duta itu dilihat mengelap cat daripada mukanya tetapi tidak bertindak balas terhadap provokasi penunjuk perasaan.

Aktivis juga berjaya menghalang anggota delegasi Rusia lain daripada meletakkan bunga di perkuburan tersebut.

Kumpulan penunjuk perasaan itu membantah perang Rusia ke atas Ukraine.

Pegawai Rusia lain yang bersama-sama rombongan Andreev juga dilihat terkena cat itu.

Polis tiba di tempat kejadian untuk membantu duta dan anggota delegasinya yang lain menyelamatkan diri.

Serangan tersebut berlaku selepas Presiden Rusia Vladimir Putin memberi ucapan menandakan ulang tahun ke-77 kejayaan Kesatuan Soviet mengalakan Nazi Jerman pada 1945 di mana beliau berkata tindakan ketenteraan Rusia di Ukraine adalah tindak balas yang tepat pada masanya dan perlu kepada dasar Barat.

Untuk rekod, Poland merupakan negara bersempadan dengan Ukraine dan juga ahli NATO dan Kesatuan Eropah (EU) dan menentang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Berita berkaitan
Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang
February 14, 2023· Isu semasa
Lantikan duta bukan untuk kitar semula ahli politik, MP PKR bidas lantikan Nazri
February 12, 2023· Politik
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023· Isu semasa
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022· Dunia
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
3 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok