Dunia kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun lagi: Saintis

April 25, 2022 · Dunia

Saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam yang memetik satu kajian dan analisis berkaitan.

Mereka menyatakan bahawa krisis makanan global itu diramal berlaku dalam tempoh 27 tahun dan 251 hari lagi, manakala pengiraannya bermula pada 24 April 2022.

Seorang ahli sosiobiologi, Edward Wilson berkata, manusia memerlukan dua planet Bumi untuk memenuhi keperluan makanan semasa.

“Bumi mempunyai had kapasiti dalam membekalkan sumber makanan kepada manusia. Walaupun seluruh manusia menukar diet menjadi vegetarian, tanah-tanah ladang di Bumi masih tidak dapat memenuhi keperluan tersebut.

“Populasi dunia akan menjadi terlalu besar berbanding bekalan makanan. Pada masa itu (2050), terdapat hampir 10 bilion penduduk Bumi dengan permintaan makanan meningkat 70 peratus berbanding tahun 2017.

“Apa yang berlaku adalah sumber makanan di Bumi adalah terhad kepada 10 bilion orang sahaja. Itu angka maksimum. Ia tidak berubah kerana biosfera bersifat malar,’’ jelas Wilson.

Pakar-pakar berkata, jangka masa itu adalah berdasarkan perbandingan kadar pengambilan makanan semasa yang kini berlebihan dan pertumbuhan populasi manusia di Bumi.

Statistik itu menunjukkan bahawa manusia perlu menghasilkan lebih banyak makanan dalam tempoh 40 tahun akan datang berbanding pengeluaran makanan sejak 8,000 tahun lalu.

“Tidak mungkin semua orang bersetuju untuk berhenti makan daging, jadi takat maksimum sebenar adalah lebih rendah daripada 10 bilion. Tambahan pula, pengambilan makanan berlebihan dan pembaziran makanan berlaku setiap hari.

“Sebagai contoh, jika seluruh penduduk dunia memiliki diet yang sama dengan rakyat Amerika Syarikat (AS), Bumi hanya boleh membekalkan makanan kepada 2.5 bilion orang.

“Dunia boleh memberi makan kepada populasi lebih besar jika manusia tidak memakan daging kerana tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan daging jauh lebih banyak berbanding makanan lain.

“Sebagai contoh, kita memerlukan lebih 75 kali tenaga untuk menghasilkan daging berbanding jagung,’’ tambah Wilson.

Berita berkaitan
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023· Dunia
Bak kut teh: Bersatu mahu cadangan menteri diteliti semula
June 15, 2023· Isu semasa
Kekal sihat walaupun beraya
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok