Dunia catat lebih dua juta kes harian

January 8, 2022 · Dunia

Secara purata dunia merekodkan lebih dua juta jangkitan harian Covid-19 antara 1 hingga 7 Januari dengan lonjakan dua kali ganda dalam tempoh 10 hari.

Perkiraan AFP menunjukkan sebanyak 2,106,118 jangkitan baharu harian dilaporkan dalam tempoh tujuh hari, sejurus selepas ambang sejuta kes dicatat pada minggu antara 23 hingga 29 Disember 2021.

Jumlah kes baharu peringkat global meningkat 270 peratus sejak varian Omicron – paling pantas menular – ditemukan di Afrika Selatan, pada akhir November lalu.

Menurut Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem Universiti Johns Hopkins, dunia mencapai rekod 300 juta kes positif pada 6 Januari lalu.

Namun, kematian berkaitan Covid-19 berada pada tahap terendah sejak Oktober 2020, dengan purata 6,237 kematian sehari direkodkan antara 1 Januari lalu hingga semalam.

Walaupun kajian awal mencadangkan Omicron menyebabkan jangkitan yang kurang teruk, pakar memberi amaran jumlah kes yang didorong oleh varian itu masih boleh menjejaskan sistem kesihatan.

Negara-negara di seluruh dunia telah memperkenalkan semula sekatan dan meningkatkan program vaksinasi dalam usaha untuk membendung penularan virus itu.

Eropah, serta Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, kini menjadi ‘kawasan panas’ jangkitan Covid-19 di dunia, dengan masing-masing mewakili 49 peratus dan 33 peratus kes Covid-19 global pada minggu lalu.

Kes Covid-19 melonjak sebanyak 47 peratus di Eropah dan 76 peratus di AS dan Kanada berbanding minggu sebelumnya.

Dalam tempoh sama, jangkitan juga meningkat 224 peratus di Oceania; Amerika Latin dan Caribbean (148 peratus); Timur Tengah (116 peratus); dan Asia (145 peratus).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jumlah keseluruhan kes kematian mungkin dua hingga tiga kali lebih tinggi, selepas mengambil kira lebihan korban dikaitkan dengan Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Budak tiga tahun disembunyikan dalam peti sejuk beku selamat
2 jam lalu · Dunia
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
14 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
15 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022 · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
44 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok