Dua peluru jelajah dilancar lagi Korea Utara

January 25, 2022 · Dunia

Dua peluru berpandu jelajah dilancar Korea Utara hari ini bertujuan menunjukkan kekuatan ketenteraannya.

Langkah terbaharu Korea Utara dilihat sengaja mencabar tawaran Amerika Syarikat (AS) untuk berunding.

“Korea Utara melancarkan dua objek yang disyaki sebagai peluru berpandu jelajah,” kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan, menurut laporan agensi AFP.

Kali terakhir Korea Utara melaksanakan jumlah ujian senjata sebanyak itu adalah pada 2019, selepas rundingan berprofil tinggi antara Kim Jong Un dan Donald Trump, menemui kegagalan.

Tahun ini, Pyongyang melaksanakan sejumlah ujian senjata termasuk peluru berpandu hipersonik, selepas Jong Un kembali menyatakan komitmen ke arah pemodenan ketenteraan dalam satu ucapan penting bagi partinya, Disember tahun lalu.

Washington bertindak balas dengan mengenakan sekatan baharu, menyebabkan Pyongyang menggandakan ujian senjatanya dan memberi bayangan mungkin menamatkan moratorium ujian nuklear dan peluru berpandu jarak jauh.

Peluru berpandu jelajah tidak dilarang dalam sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan terhadap Korea Utara ketika ini, dan Seoul kebiasaannya tidak melaporkan pelancaran seumpamanya pada masa sebenar, berbanding ujian peluru berpandu balistik.

Kali terakhir Korea Utara diketahui menjalankan ujian peluru berpandu jelajah adalah pada September tahun lalu.

Seorang pegawai tentera Korea Selatan memberitahu agensi berita Yonhap bahawa ‘sekiranya peluru berpandu itu dilancarkan ke arah selatan, sistem pengesanan dan pintasan Korea Selatan tidak berdepan masalah untuk mengatasinya’.

Profesor di Universiti Kajian Korea Utara, Yang Moo-jin, melihat ujian terkini Pyongyang itu dilihat sebagai provokasi terhadap pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, yang menawarkan rundingan ‘tanpa syarat’, namun tiada sebarang komunikasi peringkat tinggi yang bermakna sepanjang tahun lalu.

“Korea Utara dilihat mahu menguji reaksi Washington, di samping menunjukkan keberadaannya di peringkat global,” katanya.

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok