Dua maut 25 cedera, tiga lelaki tembak penonton konsert di Florida

May 30, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala lebih 25 lagi cedera selepas tiga lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah sekumpulan orang ramai di dalam dewan sebuah kelab di Hialeah, Florida, hari ini.

Ketua Polis Miami, Alfredo Ramirez III mengesahkan menerusi laman Twitternya sambil berkata beliau sedang berada di lokasi kejadian yang dikatakan berlaku antara jam 12 pagi hingga 1 pagi tadi.

“Saya berada di tempat kejadian keganasan senjata api di mana lebih 20 mangsa cedera ditembak dan dua meninggal dunia,” katanya.

Tiga lelaki dilaporkan turun dari sebuah kenderaan utiliti sukan berwarna putih sebelum mengeluarkan raifal serta pistol dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berkumpul menyaksikan konsert, lapor media tempatan.

Kejadian itu adalah yang terbaharu membabitkan keganasan menggunakan senjata api di seluruh Amerika Syarikat (AS) sejak kebelakangan ini.

Beberapa hari lalu, lapan pekerja sebuah syarikat pengendalian komuter di San Jose, California terbunuh apabila seorang pekerja melepaskan tembakan ke arah mereka sebelum menembak diri sendiri. – Agensi

Berita berkaitan
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Buat aduan jika ada penipuan jualan tiket Coldplay: KPDN
May 20, 2023· Isu semasa
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan
February 18, 2023· Dunia
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800
February 8, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok